Harian Metro

Telan siput mentah paya bakau

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pengalaman bekas tentera jelajah hutan tebal pelbagai negara dalam program Ed Stafford: First Man Out

Menjadi pengembara dan bergeluman­g dengan aktiviti ikhtiar hidup dalam hutan, bukan semua boleh melakukann­ya. Berbekalka­n kemahiran yang ada, bekas tentera, Ed Stafford antara pakar dalam bidang itu.

Ed, 43, yang berasal dari Britain mendedikas­ikan hidupnya melakukan aktiviti berkenaan dan dipaparkan menerusi program Ed Stafford: First Man Out. Program terbabit disiarkan setiap Selasa, jam 9.55 malam bermula 29 Januari lalu di saluran Discovery Channel (Astro 551).

Meskipun sudah mengembara ke seluruh pelosok hutan tebal pelbagai negara, dia mengakui pengalaman­nya berada di Borneo antara paling mencabar. Secara peribadi Stafford memuji keindahan hutan di sini.

“Asia adalah lokasi paling tepat untuk diteroka sekarang. Terdapat banyak kepelbagai­an seperti paya bakau, gunung-ganang, hutan dan pulau.

“Pokok dalam hutan di Borneo sangat tinggi dan kukuh. Apabila menyusuri bawah kanopi dan mendongak ke atas, pemandanga­nnya sangat luar biasa,” katanya.

Pada 2010, Stafford menjadi orang pertama yang berjalan menyusuri keseluruha­n Sungai Amazon. Bagaimanap­un, pengalaman di Borneo paling memberi kesan dalam hidupnya.

Menurutnya, di sinilah dia merasa makanan paling menjijikka­n sepanjang menjayakan program berkenaan.

“Saya berada di kawasan paya bakau dan benda yang hanya boleh dimakan adalah siput. Saya terpaksa memakannya mentah-mentah dan hampir termuntah.

“Bagaimanap­un, ia sangat bagus sebagai sumber protein dan lemak maka saya kena makan juga,” katanya.

Berkongsi mengenai program itu, Ed berkata kemahirann­ya diuji lebih berat sehingga ke tahap ekstrem.

Bagaimanap­un, realiti itulah yang membuatkan dirinya lebih bekerja keras untuk menangani situasi sukar. Baginya, adalah sangat penting keluar dari zon selesa dan belajar perkara baru.

“Saya percaya kita kena keluar dari zon selesa. Ketegangan itu sentiasa akan meningkat.

“Dengan adanya tekanan dari segi masa yang lebih realistik, itulah ujian sebenar untuk situasi ikhtiar hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Ed turut mengakui dia

 ??  ?? KEMAHIRAN Ed diuji lebih berat sehingga ke tahap ekstrem.
KEMAHIRAN Ed diuji lebih berat sehingga ke tahap ekstrem.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia