Harian Metro

Rose terfikir ambil anak angkat

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Akui dapat ilmu baru selepas bintangi filem The Instant Family

Statusnya sebagai isteri dan ibu membuatkan pelakon kelahiran Australia, Rose Bryne memahami pasang surut hubungan yang dilalui dalam rumah tangga.

Bagaimanap­un, membintang­i filem The Instant Family bersama aktor Mark Wahlberg memberikan pengalaman dan ilmu baru buat dirinya.

Dalam satu temu bual bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Rose berkata, sepanjang hidupnya dia tidak pernah tahu sistem dan prosedur mengambil anak angat.

“Apabila bercakap mengenai anak angkat, saya memang tiada ilmu. Saya tidak pernah tahu cara pengambila­n anak angkat dan prosedur yang perlu dilakukan,” katanya.

Filem itu mengisahka­n sepasang suami isteri yang memutuskan untuk mengambil tiga anak angkat.

Ia berdasarka­n kisah benar pengarah filem itu iaitu Sean Anders dan isterinya, Beth yang mengambil anak angkat mengikut undang-undang ditetapkan.

Menurut Rose, Anders tidak tahu maklumat terperinci mengenai sistem pengambila­n anak angkat dan dia terkejut apabila perkara itu tidak pernah diketengah­kan dalam filem dan drama.

“Saya banyak belajar menerusi The Instant Family. Saya ada bertemu beberapa pasangan suami isteri yang pernah melalui

“Apa yang umum lihat di media sosial bukanlah apa yang saya lalui setiap hari. Hidup saya huru-hara apabila menguruska­n dua anak lelaki yang sedang membesar dan sangat lasak.

“Setiap hari pasti menjerit meminta mereka berhenti bergaduh atau menegur sikap mereka yang tidak menghabisk­an makanan. Bagaimanap­un, saya cuba untuk tidak terlalu mengawal anak,” katanya.

 ??  ?? Saya banyak belajar menerusi The Instant Family. Saya ada bertemu beberapa pasangan suami isteri yang pernah melalui proses mengambil anak angkat
Saya banyak belajar menerusi The Instant Family. Saya ada bertemu beberapa pasangan suami isteri yang pernah melalui proses mengambil anak angkat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia