Harian Metro

Proses damai

- DARI MUKA 46

Bagaimanap­un, Manila dan MILF berharap wilayah yang baru itu lebih bersifat menyeluruh, berdaya tahan dan mempunyai pentadbira­n yang cekap berbanding entiti sebelum ini.

Fasa pertama pungutan suara itu diadakan pada 21 Januari lalu merangkumi bandar Cotabato dan

Isabela dan fasa kedua pula diadakan pada 6 Februari ini merangkumi Lanao del Norte, Cotabato Utara serta wilayah lain yang meminta menjadi sebahagian Bangsamoro.

Keputusan pungutan suara fasa pertama menyaksika­n 85 peratus penduduk mahu menyertai Bangsamoro dan pilihan raya berkenaan juga dianggap pemerhati antarabang­sa sebagai boleh dipercayai.

Sebagai presiden pertama berasal dari Mindanao, Duterte menjadikan penubuhan Bangsamoro antara tumpuan utama pentadbira­nnya.

Tidak seperti presiden sebelum ini dan pemimpin lain, Duterte berusaha keras untuk memastikan golongan politik elit yang didominasi pemimpin Kristian meluluskan

Rang Undang-Undang Tubuh Bangsamoro yang tertangguh di Kongres selama beberapa tahun.

Selama ratusan tahun, penduduk Islam Moro menjadi mangsa diskrimina­si di negara majoritiny­a beragama Kristian berpunca daripada pengaruh kuat penjajahan Sepanyol yang terkenal dengan sifat prejudis terhadap Islam.

Dianggap sebagai satu keberanian politik, Duterte yang beragama Kristian menjadikan proses damai di Mindanao sebagai kempen pilihan rayanya.

“Sekiranya saya menjadi presiden, sekiranya Allah memberi rahmat sebelum saya mati, kerana saya sudah tua, saya akan tinggalkan kepada kamu Mindanao yang ditadbir dengan aman,” janji

Duterte.

Pada tahun kedua berkuasa, Duterte meyakinkan Kongres untuk meluluskan Undang-Undang Tubuh Bangsamoro yang memberikan autonomi politik dan sosial budaya termasuk menubuhkan mahkamah syariah.

Lebih penting, Duterte memastikan sumber mencukupi termasuk satu perlima daripada pendapatan dalaman negara dikhaskan untuk membantu pembinaan institusi dan proses peralihan politik.

MILF juga secara berterusan menerima tadbir urus moden dan mempersiap­kan pemimpin terbaik serta bijak mereka dengan harapan dapat mengelak daripada melakukan kesilapan seperti ARMM.

Bagaimanap­un, Duterte dan bakal pemimpin Bangsamoro masih berdepan tugas yang mencabar.

Sejurus saja wilayah itu ditubuhkan mereka perlu menangani masalah yang sudah berakar umbi dan kompleks termasuk kadar kemiskinan yang tinggi, membangunk­an semula bandar musnah akibat peperangan seperti Marawi dan ancaman kumpulan militan yang menyokong Daish.

Satu lagi yang menjadi kebimbanga­n adalah kumpulan minoriti beragama Kristian daripada menjadi mangsa pelampau agama.

Terdapat kebimbanga­n Bangsamoro menguatkua­sakan undang-undang Islam yang ketat seperti di wilayah Aceh yang mendapat kuasa autonomi dari Indonesia.

Campur tangan oleh Mahkamah Agung juga satu ancaman selepas mengisytih­arkan perjanjian damai sebelum ini sebagai melanggar perlembaga­an dengan alasan ia bertentang­an dengan integriti wilayah dan asas demokrasi.

Namun apa yang jelas, orang Moro mengambil langkah bersejarah ke arah menentukan nasib sendiri dan mungkin keamanan yang berkekalan diharap menjadi titik tolak tamatnya sejarah hitam di Mindanao.- Agensi

 ??  ?? KEADAAN bandar Marawi yang musnah akibat perang selepas ia ditawan militan Daish. BARISAN Pembebasan Islam Moro adalah kumpulan pemisah terbesar di Mindanao. DUTERTE (dua dari kiri) menyerahka­n dokumen Rang Undang-Undang Penubuhan Bangsamoro kepada wakil MILF, Murad Ebrahim pada Ogos 2018.
KEADAAN bandar Marawi yang musnah akibat perang selepas ia ditawan militan Daish. BARISAN Pembebasan Islam Moro adalah kumpulan pemisah terbesar di Mindanao. DUTERTE (dua dari kiri) menyerahka­n dokumen Rang Undang-Undang Penubuhan Bangsamoro kepada wakil MILF, Murad Ebrahim pada Ogos 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia