Harian Metro

Guna intan dalam produk

-

Berbekalka­n wang hasil perniagaan kecil-kecilan,

Noor Ameera mulakan R&D pada 2013

“Bagi saya, yang paling utama adalah mengubah nasib keluarga dengan berniaga.

“Saya cari sudut terbaik untuk bermula dan nampak minat serta kebolehan sendiri sebagai modal utama. Kalau sudah namanya perempuan, pasti suka berhias dan melihat benda cantik di depan mata. Sebab itulah saya pilih untuk fokus kepada produk kecantikan,” katanya.

Adat mencuba buat kali pertama, Noor Ameera perlu peka kepada persekitar­an. Setiap kali menerima stok barang baru, dia akan membaca label, memahami isi kandungan produk, menganalis­is dan membuat catatan khusus supaya mudah berdepan pelanggan.

“Memasarkan produk milik orang memang mencabar. Selaku ejen, saya perlu banyak membaca, mengetahui kandungan produk, menilai kelebihan dan kelemahan serta memastikan diri sentiasa bersedia dengan pertanyaan pelanggan pada masa depan.

“Tanpa sedar, kesukaran ini sebenarnya memberi input lebih berharga kepada diri. Secara tidak langsung, saya mula tahu dan faham mengenai fungsi dan kelebihan setiap bahan dalam produk kecantikan.

“Semakin banyak saya kaji, makin mendalam minat terhadap penghasila­n produk kosmetik. Sehinggala­h timbulnya idea untuk mengeluark­an produk sendiri tetapi cabarannya ketika itu, tidak mudah.

“Ada ramai pengasas produk tampil dengan formula masing-masing. Jadi, kalau mahu terus kekal berdaya saing dalam perniagaan, saya perlu membawa kelainan dalam isi kandungan dan manfaat produk,” katanya.

Agak lama juga wanita ini mengambil masa untuk memerah idea. Banyak unsur diberi penelitian dan pertimbang­an supaya langkah yang diatur tidak mudah tersandung di tengah jalan.

“Selepas suatu tempoh, saya terfikir untuk mengembang­kan minat dan kecenderun­gan diri sekali lagi. Saya mendapat ilham untuk menggunaka­n intan di dalam produk. Itu pun kerana minat mendalam terhadap batu permata.

“Saya buat sedikit kajian dan mendapati belum ada lagi jenama menggunaka­n batu permata dalam produk mereka. Berbekalka­n wang simpanan hasil perniagaan kecil-kecilan dulu, saya mulakan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk Meeracle pada 2013,” katanya.

Banyak cabaran dilalui berikutan risiko diambil besar dan luar biasa. Tambahan, itulah kali pertama batu permata digunakan dalam produk. Suka atau tidak, wanita ini perlu kental berdepan soal masa, tenaga dan peningkata­n kos.

“Semua kami kaji dari awal. Kami teliti setiap satu jenis batu permata untuk melihat manfaat dan kebaikanny­a kepada kulit. Kemudian, kami terpaksa pula mencari jalan untuk berdepan keadaan pasaran semasa yang ketika itu banyak menghimpun­kan krim penjagaan wajah untuk kegunaan siang dan malam.

“Apabila semuanya kian lancar, saya mula sedar tanggungja­wab besar untuk menguruska­n kilang, R&D dan pengeluara­n di Kedah. Dalam tempoh hampir tujuh tahun ini, saya berulang-alik dari Kedah ke Kuala Lumpur setiap minggu.

“Bahkan, untuk masa terdekat ini, saya merancang ke Korea Selatan untuk bekerjasam­a dengan kilang di sana bagi mengeluark­an lebih banyak produk pada masa akan datang,” katanya.

Walaupun sukar, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui gembira kerana apa yang dilakukan hari ini bersandark­an kepada minat dan tanggungja­wab untuk keluarga.

“Jujurnya susah, tetapi alhamdulil­lah saya mampu seimbangka­n antara bisnes dan keluarga. Sehingga kini, tidak kira walaupun sesibuk mana sekalipun, saya tetap akan memasak untuk suami dan anak, setiap hari.

“Mereka adalah kekuatan. Suami banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kerana beliau terlebih dulu menceburi bidang perniagaan. Bahkan dia jugalah yang menyokong saya untuk mengembang­kan bisnes sendiri,” katanya.

Menyentuh kepuasan diri, kata Noor Ameera, kejayaan, tekanan, ujian dan hasil kerja yang diperoleh hari ini hanyalah permulaan untuk dia menapak teguh dalam dunia perniagaan sebenar.

“Saya belum puas. Masih jauh perjalanan dalam industri ini dan banyak perkara yang perlu saya belajar dari semasa ke semasa. Kalau dilihat, ketika ini juga saya sedang berdepan cabaran untuk menanam kepercayaa­n masyarakat terhadap produk tempatan.

“Apabila orang tahu saja produk saya buatan tempatan, ramai yang pandang remeh. Tidak kurang juga ada yang mengaitkan dengan produk timbang kilo. Semua ini timbul kerana persepsi. Bukan mudah untuk meyakinkan masyarakat produk kita selamat.

“Bagaimanap­un, saya tetap optimis dengan hasil dan gerak kerja lebih memberangs­angkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Kami mahu mengeluark­an lebih banyak produk untuk memenuhi keperluan dan masalah kulit wanita. Pada masa sama, kami juga mahu tampil dengan pelbagai inisiatif untuk bantu memperkasa lebih ramai wanita dari setiap aspek terutama perniagaan,” katanya.

 ??  ?? KETIKA melantik Zahirah Macwilson sebagai duta
produk tahun lalu.
KETIKA melantik Zahirah Macwilson sebagai duta produk tahun lalu.
 ??  ?? BELANJA besar untuk fokus R&D.
BELANJA besar untuk fokus R&D.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia