Harian Metro

Produk organik UNTUK kekal cantik

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Nurul Hamiza teliti jaga kesihatan dengan senaman dan rawat wajah guna kaedah alami

Manis senyuman wanita ini saat bergaya di depan lensa kamera. Gerak tubuhnya langsung tidak kekok, bahkan Nurul Hamiza Nawi, 24, tampak begitu profesiona­l, persis peragawati berpengala­man.

Siapa tahu anak kelahiran Dungun, Terengganu ini sebenarnya bekerja sebagai penolong pegawai farmasi di Maran, Pahang. Aktif di media sosial, anak bongsu daripada enam adik beradik perempuan ini juga kerap tampil sebagai model produk.

Mengenalin­ya dengan lebih dekat, Nurul Hamiza sebenarnya seorang yang teliti dalam menjaga kesihatan, kecergasan dan kecantikan tubuh. Ketika ramai wanita seusianya mengetepik­an amalan kecergasan diri dengan alasan sibuk, Nurul Hamiza gigih mencari peluang untuk jaminan kesihatan berpanjang­an.

“Saya suka keluar berjoging atau mendaki bukit pada hari minggu. Kedua-dua aktiviti ini boleh membantu tubuh untuk sentiasa cergas dan peka terhadap perubahan sekeliling.

“Selain beriadah, saya juga mengamalka­n diet sihat dengan menggandak­an pengambila­n buah-buahan dan sayur. Ini penting untuk menyokong kesihatan tubuh dan mengekalka­n kecantikan kulit. Lagipun, saya memang tidak mengamalka­n sebarang suplemen kecantikan kerana lebih fokus kepada bahan organik,” katanya.

Bercerita lanjut, kata Nurul Hamiza, dia sedar wanita hari ini dihidangka­n dengan ribuan pilihan jenama produk penjagaan diri di pasaran. Ada yang datang dari luar negara, tidak kurang juga dihasilkan pengusaha tempatan sendiri. Namun untuk dirinya, dia lebih selesa memilih produk organik dan kekal mengamalka­n petua alami.

“Lazimnya, saya akan mengadun pupur daripada kunyit yang dicampur yogurt atau telur putih untuk dijadikan masker wajah. Adunan ini saya gunakan dua kali seminggu untuk merawat wajah yang banyak terdedah kepada persekitar­an dan alat solek.

“Saya sudah terbiasa dengan ajaran ibu sejak kecil. Kami semua selalu diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri. Kata ibu, tubuh yang bersih penting untuk menyerlahk­an lagi kecantikan seseorang.

“Malah ibu pernah beritahu bahawa berkulit putih itu tidak semestinya cantik, tetapi kebersihan luaran dan dalaman yang akan menonjolka­n keistimewa­an seseorang. Semua ini ibu ajar sejak usia kami di bangku sekolah rendah lagi,” katanya.

Jelas Nurul Hamiza, biarpun dia lebih suka menggunaka­n produk semula jadi, namun derianya tidak pernah terhalang untuk melihat dan mencuba pelbagai pilihan produk organik di pasaran moden kini.

“Apa yang penting adalah organik dan diluluskan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Selalunya, untuk rutin penjagaan luaran, saya akan skrub badan menggunaka­n beras yang dikisar. Tetapi untuk penjagaan wajah setiap hari, saya gunakan penyegar, serum, pelembap, toner, serum dan krim pelindung matahari. Selebihnya, saya akan minum air kosong secukupnya dan kurangkan gula dalam hidangan.

“Ketika bersolek pula, saya suka memakai masker terlebih dulu untuk melembapka­n kulit yang kering. Selepas itu barulah mula mekap dan bersiap.

“Di rumah, ibu memang mementingk­an sarapan.

Jadi, tak kira walau sesibuk mana, kami memang wajib makan sebelum memulakan rutin harian. Selain itu, saya juga suka meletakkan kereta jauh sedikit dari tempat kerja setiap hari untuk mencuri kesempatan berjalan sambil menghirup udara segar waktu pagi,” katanya.

Satu daripada amalan rutinnya yang mungkin jarang didengar adalah bacaan zikir penaik seri. Kata Nurul Hamiza, dia akan menyebut ya Badiyah, ya Nur, ya Hadi, ya Allah dan meniup tapak tangan, diikuti sapuan ke wajah setiap kali selepas solat Isyak.

“Amalan zikir ini berupaya menyerlahk­an seri dalaman dan luaran. Ia juga membuatkan pengamalny­a tampak lebih awet muda dan bertenaga, “katanya.

 ??  ?? Selain beriadah, saya juga mengamalka­n diet sihat dengan menggandak­an
pengambila­n buah-buahan dan
sayur. Ini penting untuk menyokong
kesihatan tubuh dan mengekalka­n
kecantikan kulit
Selain beriadah, saya juga mengamalka­n diet sihat dengan menggandak­an pengambila­n buah-buahan dan sayur. Ini penting untuk menyokong kesihatan tubuh dan mengekalka­n kecantikan kulit
 ??  ??
 ??  ?? 1. Kurangkan penggunaan pencuci
wajah pada waktu pagi.
2. Amalkan masker yogurt dan kunyit untuk mengelakka­n pembiakan bakteria sekali gus mengawal tumbuhnya jerawat.
3. Masker telur putih boleh membantu membesihka­n liang pori tersumbat dan menegangka­n wajah.
4. Wap panas dilakukan untuk mengecilka­n
liang pori pada wajah.
5. Elakkan memicit jerawat.
6. Pakai krim pelindung matahari setiap
hari.
7. Gunakan ais pada kulit untuk merangsang
peredaran darah.
8. Lakukan senaman secara berkala.
1. Kurangkan penggunaan pencuci wajah pada waktu pagi. 2. Amalkan masker yogurt dan kunyit untuk mengelakka­n pembiakan bakteria sekali gus mengawal tumbuhnya jerawat. 3. Masker telur putih boleh membantu membesihka­n liang pori tersumbat dan menegangka­n wajah. 4. Wap panas dilakukan untuk mengecilka­n liang pori pada wajah. 5. Elakkan memicit jerawat. 6. Pakai krim pelindung matahari setiap hari. 7. Gunakan ais pada kulit untuk merangsang peredaran darah. 8. Lakukan senaman secara berkala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia