Harian Metro

Elak tersasar pilih gaya

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Fesyen tidak pernah menyekat individu untuk terus berkarya mencapai kepuasan diri. Ada yang memilih jenama, keselesaan, inspirasi zaman, rekaan dan paling penting adalah ketepatan gaya.

Pilihan fesyen untuk golongan dewasa lelaki dan wanita biasanya terhimpun luas di depan mata. Begitu juga dengan koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak.

Apa yang sukar adalah memilih gaya tepat untuk golongan remaja. Fesyen dipilih haruslah sesuai dengan umur dan persekitar­an. Tidak boleh nampak keterlalua­n hingga jelas menenggela­mkan susuk jiwa remaja yang mudah bercampur-baur.

Perincian di bahagian tertentu seperti butang, bahu, pinggul, lutut dan corak ringkas bagaikan elemen wajib ada, asalkan tidak keanak-anakan.

Dalam erti kata lebih mudah, mereka ini sentiasa menekankan gaya ringkas, elemen jalanan, tapi punya identiti dan pengaruh tersendiri.

Tambahan usia remaja ibarat memberi ruang pentas berbeza buat golongan muda bereksperi­men dengan gaya dan penampilan mereka.

Bagi yang berjiwa kreatif, inilah saat terbaik untuk mereka mencipta trend terbaru, sekali gus menerjah masuk dalam arus fesyen semasa.

Cuma yang pasti, nota keliru sukar terpadam dalam setiap penampilan golongan ini. Ia umpama menyelitka­n mesej kepada umum bahawa mereka dalam proses meninggalk­an dunia riang kanak-kanak dan kini bersedia untuk meneroka alam dewasa.

Nah, bukan mudah hendak berlagak dewasa bukan? Ada kalanya mereka tampak begitu janggal dengan padanan pilihan. Namun, masih ramai juga yang bijak menyeimban­gkan gaya supaya kelihatan lebih menarik di mata umum.

Apapun, tidak dinafikan cacat cela dalam penampilan remaja inilah yang menggambar­kan usia dan identiti sebenar mereka. Cuba lihat bagaimana fesyen dewasa diterjemah anak remaja luar negara mengikut deria dan cita rasa mereka!

Pilihan

gaya tepat untuk remaja harus sesuai umur dan persekitar­an

 ??  ?? SERBA tidak kena. TERLALU sempurna untuk remaja.
SERBA tidak kena. TERLALU sempurna untuk remaja.
 ??  ?? MUNGKIN lebih manis jika mengenakan kot ringkas.
MUNGKIN lebih manis jika mengenakan kot ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia