Harian Metro

‘JUARA’ ARENA REKOD BURUK

- AFP

 Fowler tetap julang trofi walaupun gagal catat pukulan memberangs­angkan

Meskipun catatan di sembilan lubang keduanya tidak memberangs­angkan apabila sekadar melakukan tiga di atas par 74, Rickie Fowler

masih berjaya muncul juara Terbuka Phoenix yang juga gelaran kesembilan Jelajah AS PGA peribadiny­a.

Fowler hilang kelebihan lima pukulan di sepanjang sembilan lubang kedua dan menamatkan saingan dengan catatan paling buruk dalam sejarah kejohanan tetapi ia tidak menjejaska­n peluangnya untuk muncul juara di lapangan TPC Scottsdale.

Dia mendahului sepanjang

54 lubang sebanyak dua kali, termasuk tahun lalu yang menyaksika­nnya menamatkan saingan di kedudukan ke-11.

“Saya berhempas pulas untuk menamatkan saingan. Ia bukan mudah kali ini,” kata Fowler. “Saya gembira apabila dapat muncul juara kali ini.

“Sudah lama saya tunggu untuk menang di sini. Saya berpeluang untuk menamatkan saingan di kedudukan lebih baik tetapi saya kerap tergelinci­r dan sekadar

(gambar)

berada di tangga kedua saja.”

Catatan keseluruha­n 17 di bawah par 267 memadai baginya untuk menang dengan kelebihan dua pukulan berbanding pemain Afrika Selatan, Branden Grace yang mendahului­nya pada hari terakhir tetapi bogey di lubang 17 merosakkan catatan pemain itu.

Grace menamatkan dengan dua di bawah par 69 buat kali kedua berturut-turut sekali gus menduduki tempat

kedua kejohanan.

Justin Thomas di tangga ketiga dengan satu di atas par 72 untuk mengumpul keseluruha­n 14 di bawah par 270 dan ketinggala­n tiga pukulan di belakang Fowler.

Matt Kuchar (75),

Bubba Watson

(71) dan

Chez

Reavie

(68) berkongsi tempat keempat dengan keseluruha­n 12 di bawah par 272.

Kejohanan itu adalah satu-satunya aksi Jelajah PGA di Arizona dan acara tunggal yang diadakan di luar California.

Buat seketika, pemenang

dilihat bakal ditentukan menerusi playoff apabila pukulan Fowler dan Grace masing-masing tersasar ke dalam bunker dan tasik di sembilan lubang kedua.

Bermain dalam hujan, Fowler mencatat triple bogey di lubang 11 apabila pukulan ketiganya tersasar ke dalam tasik dan selepas mengambil penalti, bolanya sekali lagi bergolek ke dalam tasik yang sama.

Bagaimanap­un, birdie di lubang 17 menyelamat­kan harinya.

 ??  ?? FOWLER memperagak­an trofi Terbuka Phoenix.
FOWLER memperagak­an trofi Terbuka Phoenix.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia