Harian Metro

HATRIK AGUERO BEDIL GUNNERS

-

 Guardiola puas Citizens bangkit rapat jurang dengan Reds

sehari sebelum skuad Jurgen Klopp bertandang ke West Ham dan keputusan semalam membolehka­n mereka kembali memintas Tottenham.

“Selepas apa yang berlaku di Newcastle, semua orang ingat kami akan ketinggala­n tujuh mata di belakang Liverpool kerana mereka menyangka Reds akan mengalahka­n Leicester,” kata Guardiola.

“Tetapi banyak perkara akan berlaku sebelum hujung musim ini. Banyak lagi perlawanan sukar buat kami. Inilah Liga Perdana Inggeris. Anda pasti lebih faham apa yang saya maksudkan.

“Paling penting, pemain sudah membuktika­n bahawa mengapa mereka layak digelar pasukan hebat. Kami seolah-olah hilang keyakinan diri di Newcastle. Hari ini kami sudah bangkit.”

Hatrik Aguero mencuri tumpuan peminat dan penguasaan City tidak begitu diperkatak­an.

Buat kali kedua minggu ini, bintang Argentina itu menjaringk­an gol pada minit pertama perlawanan dan semalam, dia berbuat demikian

hasil hantaran lintang Aymeric Laporte.

Bagaimanap­un, seperti apa yang berlaku di Tyneside, Selasa lalu, City gagal untuk terus menekan lawan dan membenarka­n Laurent Koscielny menyamakan kedudukan menerusi tandukan 10 minit kemudian.

Anak buah Guardiola agak longlai selepas jaringan penyamaan tetapi kembali di depan seminit sebelum rehat apabila tolakan Ilkay Gundogan disambut Raheem Sterling yang pantas membuat hantaran lintang bagi disempurna­kan Aguero.

Pada babak kedua, City sepatutnya mampu menghasilk­an lebih daripada satu gol berdasarka­n dominasi mereka.

Selepas sejam permainan, Sterling sekali lagi membolehka­n Aguero melengkapk­an hatrik ke-10 peribadiny­a dalam saingan Liga Perdana

Inggeris.

“Dia dilahirkan dengan bakat dan dia akan meninggalk­an dunia ini dengan bakat sama,” kata

Guardiola mengenai kemampuan Aguero untuk menjaringk­an gol.

Sementara itu, enam aksi tanpa menang di tempat lawan secara berturut-turut menyaksika­n Arsenal dipintas Manchester United dan sekadar menduduki tangga keenam liga.

“Mereka cuba melawan sepanjang 90 minit permainan tetapi beberapa kesilapan di babak kedua menghalang kami raih keputusan lebih baik,” kata pengurus Arsenal, Unai Emery.

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia