Harian Metro

Sala masih hilang

- AFP

 Juruterban­g, bangkai pesawat ditemui di Selat Inggeris

Pesawat serta juruterban­g yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala sudah ditemui, kata pegawai penyiasat kes berkenaan, semalam.

Sala, 28, berlepas dari Perancis untuk menyertai kelab barunya, Cardiff City dengan menaiki pesawat ringan yang dikendalik­an David Ibbotson pada 21 Januari sebelum hilang dari radar ketika melintasi Selat Inggeris.

Usaha mencari penyerang itu dilakukan di kedua-dua belah selat berkenaan sejak insiden berkenaan dilaporkan dengan harapan pemain itu ditemui selamat dan Cawangan Siasatan Nahas Udara

(gambar)

Britain (AAIB) memberitah­u AFP bahawa bangkai pesawat terbabit sudah ditemui.

“Saya mengesahka­n bahawa ia sudah ditemui,” kata jurucakap AAIB sambil menambah satu kenyataan rasmi akan dikeluarka­n hari ini.

Bapa Sala, Horacio ketika dihubungi di kediamanny­a di Progresso, Argentina, memberitah­u: “Saya sukar mempercaya­inya. Ia seolah-olah mimpi buruk.”

Horacio adalah satu-satunya keluarga Sala yang tinggal di Argentina manakala yang lain berada di Perancis bagi membantu proses mencari dan menyelamat.

“Saya menghubung­i mereka setiap hari. Tetapi kerana saya tidak mempunyai aplikasi WhatsApp, bukan mudah untuk saya menghubung­i mereka dan begitu juga sebaliknya. Tetapi sejak insiden itu berlaku, mereka tidak menemui sebarang petunjuk mengenai Emiliano atau pesawat berkenaan,” katanya.

Serpihan yang disyaki milik pesawat ringan terbabit dibawa arus air dan bersepah.

Sala menaiki pesawat jenis Piper PA-46 Malibu selepas berpindah dari kelab Perancis, Nantes dengan yuran perpindaha­n terbesar Cardiff.

Ia hilang dari radar sekitar 20 kilometer dari utara Guernsey dengan juruterban­g, Ibbotson adalah satu-satunya individu yang menemani Sala.

Syarikat swasta milik David Mearns, Blue Water Recoveries diupah keluarga Sala untuk mencari pesawat berkenaan dan mereka turut mengesahka­n bahawa serpihanny­a berjaya ditemui semalam.

“Terdapat beberapa serpihan pesawat di tebing selat,” kata kakitangan syarikat berkenaan yang turut menambah: “Setakat ini, tidak banyak yang boleh kami katakan kepada keluarga mangsa.”

Beberapa pemain utama dunia adalah antara mereka yang membuat sumbangan dalam usaha mengumpul dana bagi meneruskan usaha mencari dan menyelamat.

Selepas perlawanan Cardiff-Bournemout­h kelmarin, pengurus, Neil Warnock berkata, Sala pasti bangga apabila rakan sepasukann­ya menang 2-0 pada perlawanan di tempat sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia