Harian Metro

Dembele bikin PSG merana

- Reuters

Paris: Moussa Dembele

meledak jaringan dan meraih satu sepakan penalti apabila Lyon menumpaska­n Paris Saint-Germain 2-1 bagi menamatkan harapan pendahulu untuk meneruskan rekod tanpa kalah dalam kempen Ligue 1, awal pagi semalam.

Angel Di Maria membenarka­n PSG mendahului pada minit ketujuh, namun Dembele menyamakan kedudukan sebelum Nabil Fekir menjaringk­an gol kemenangan menerusi sepakan penalti, tiga minit selepas babak kedua bermula.

“Saya tidak tahu sekiranya kekalahan itu layak buat kami. Pada babak pertama, ia tampak sepatutnya tetapi selepas itu, kami masih menguasai,” kata penyerang PSG, Kylian Mbappe.

Meskipun tewas, pasukan juara bertahan itu kekal mendahului 10 mata daripada penghuni tangga kedua, Lille berbaki dua perlawanan dalam tangan, manakala Lyon mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga, tiga mata di belakang.

“Kami melakukan yang dirancang, seperti menyerang, hantaran pantas dan cuba memberi mereka masalah setiap masa kami menerima bola,” kata jurulatih Lyon,

Bruno Genesio.

“Saya tidak fikir mereka biasa dengan

(gambar)

apa keadaan itu dalam saingan Ligue 1.”

Tumpuan kini kembali dalam saingan Liga Juara-Juara untuk PSG, dengan pertembung­an kelab di liga ketiga, Villefranc­he dan satu perlawanan di laman sendiri menentang Bordeaux sebelum pusingan 16 terbaik.

Mereka dijadual bertemu Manchester United untuk aksi pusingan pertama di Old Trafford pada 12 Februari ini.

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dan pembantuny­a Mike Phelan, kedua-duanya berada di Stadium Groupma pada Ahad, hanya beberapa jam selepas kelab kendalian mereka mencatat kemenangan 1-0 ke atas Leicester.

Gandingan itu mungkin dapat mempelajar­i daripada aksi Lyon yang memecah pertahanan PSG tatkala Mbappe banyak memikul tanggungja­wab di bahagian serangan dengan ketiadaan Neymar.

“Saya tidak bimbang mengenai Liga Juara-Juara,” kata Mbappe. “Kami harus mengambil setiap perlawanan secara satu demi satu dan menanti Liga Juara-Juara.” - AFP

KBenzema menjaringk­an gol keenamnya dalam empat perlawanan bagi membantu Real Madrid menewaskan Alaves 3-0, kemenangan keempat berturut-turut yang mengurangk­an jurang lapan mata antara mereka dan pendahulu, Barcelona.

Penyerang Perancis itu menyempurn­akan hantaran bek kiri Sepanyol, Sergio Reguilon dari jarak dekat pada minit ke-30, sekali gus memecahkan kebuntuan jaringan dalam perlawanan yang menyaksika­n Alaves pasukan yang menewaskan Real 0-1 pada awal musim ini di Mendizorro­tza - mempamerka­n corak permainan tersusun.

Penyerang muda Brazil, Vinicius Jr menjamin kemenangan dalam minit ke-80, manakala pemain gantian Mariano Diaz menambah derita tuan rumah pada masa tambahan.

Barisan kendalian Santiago Solari berada di tahap terbaik sejak tiga minggu lalu, menewaskan Real Betis, Sevilla dan Espanyol dalam saingan liga dan membenam Girona 7-2 menerusi agregat pada aksi suku akhir Copa del Rey.

Dengan penghuni tangga kedua, Atletico Madrid tewas di tangan Real Betis sebelum itu dan pendahulu liga, Barca terikat 2-2 di laman sendiri berdepan Valencia, Real sedar satu kemenangan mampu

arim

(gambar)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia