Harian Metro

Tandukan Santander buat Inter melopong

-

Milan: Federico Santander menjaringk­an gol kemenangan ketika pasukan bergelut, Bologna mengejutka­n Inter Milan 1-0 seterusnya meningkatk­an tekanan terhadap jurulatih Luciano Spalletti ketika Roma menyelamat­kan satu mata apabila seri 1-1 berdepan AC Milan dalam Serie A awal pagi semalam.

Tandukan Santander memberikan jurulatih baharu, Sinisa Mihajlovic permulaan sempurna ketika pasukannya yang diancam penyingkir­an meraih kemenangan pertama dalam empat bulan.

Namun, skuad kendalian Spalletti diejek ketika meninggalk­an padang di San Siro selepas kedudukan ketiga mereka dikurangka­n kepada empat mata berbanding pencabar tetangga, AC Milan, yang menghuni tempat terakhir ke Liga Juara-Juara manakala Roma kelima.

Penyerang Paraguay, Santander memecah kebuntuan selepas 33 minit dengan tandukanny­a cukup untuk memberikan kemenangan ketiga musim ini dan pertama sejak 30 September.

Inter masih mencari kemenangan pertama pada 2019, selepas dipaksa seri tanpa jaringan oleh Sassuolo dan tewas 1-0 kepada Torino dalam Serie A, selain tersingkir daripada Coppa Italia menerusi penalti kepada Lazio di San Siro minggu lalu.

“Malangnya ketika kami perlu bertarung dan menghadapi masalah, kami kekurangan sesuatu, itulah keadaan yang menjadikan anda berbeza,” kata Spalletti.

“Dalam kebanyakan kes, saya ulangi, saya tidak rasa diperhatik­an. Pasukan masih di belakang saya, saya yakin,” kata bekas jurulatih Roma dan Zenit St Petersburg itu. - AFP

 ??  ?? SANTANDER (tengah) sumbang jaringan buat Bologna.
SANTANDER (tengah) sumbang jaringan buat Bologna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia