Harian Metro

Ambil kira pandangan Arul, Jiwa

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) perlu mengambil kira pandangan Arul Selvaraj serta Jiwa Mohan mengenai Liga Hoki Malaysia (LHM) meskipun kedua-duanya dihadapkan ke Lembaga Disiplin badan induk itu kerana didakwa membuat kenyataan berunsur kritikan terhadap liga domestik itu.

Bekas penyerang negara, Mohd Rodzhaniza­m Mat Radzi berkata, apa yang dikatakan oleh ketua jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan pemain Nur Insafi itu adalah realiti sebenar yang berlaku dalam LHM.

Arul dalam kenyataann­ya sebelum ini menyatakan LHM mungkin akan ‘tutup kedai’ andai tiada suntikan elemen baharu dan sesuatu perlu dilakukan untuk menghidupk­an kembali liga domestik itu.

Jiwa Mohan pula menimbulka­n persoalan penurunan drastik pasukan yang beraksi di LHM, sekali gus turut menerima nasib sama seperti Arul.

“Jika ikut kepada peraturan memang mereka tidak dibenarkan mengeluark­an kenyataan mengkritik sebab setiap pemain dan pegawai sudah pun menandatan­gani perjanjian kod dan etika yang ditetapkan. Bagi saya apa yang mereka katakan itu bukanlah hendak menghentam

MHC tetapi lebih

(gambar)

kepada memberi pendapat.

“Mungkin di pihak MHC ia seperti kritikan kepada mereka. Tapi bagi saya apa yang dikatakan oleh mereka berdua adalah benar. MHC perlu melakukan sesuatu untuk saingan liga kita. Jika tidak situasi akan bertambah buruk dan penaja pun mungkin tidak berminat untuk menaja liga kita serta skuad kebangsaan,” katanya.

Arul dan Jiwa akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin MHC pada 9 Februari ini dan mungkin berdepan hukuman penggantun­gan.

Sementara itu, Rodzhaniza­m berharap baik Arul atau Jiwa kedua-duanya tidak dikenakan hukuman berat.

“Cukuplah sekadar memberi amaran kepada mereka berdua,” katanya.

Arul dan Jiwa dalam laporan Arena Metro semalam memberi jaminan untuk hadir pada sesi siasatan

itu.

 ??  ??
 ??  ?? ARUL
ARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia