Harian Metro

Bukan sekarang

- Saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Hafiizh perllu dua tahun llagi sertt ai PETRONAS Yamaha Sepang Raciing

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah berpeluang untuk menyertai pasukan Malaysia, PETRONAS Yamaha Sepang Racing dalam tempoh dua tahun lagi andai dapat mempamerka­n prestasi cemerlang sepanjang musim ini dan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) yang juga prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing, Datuk Razlan Razali berkata, untuk ketika ini beliau mahu melihat Hafizh berdikari bersama pasukannya ketika ini, Red Bull KTM Tech3.

“Memang ada kemungkina­n untuk kita serap dia masuk ke pasukan kami tetapi saya mahu dia berdikari dulu.

“Saya mahu lihat dia berjaya bersama KTM untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Apabila kemudian nanti Hafizh menyertai kami, dia mampu menjadi pelumba MotoGP kompetitif yang dapat memenangi perlumbaan. “Inilah yang kami mahukan daripadany­a,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) semalam.

Jelas Razlan, PETRONAS Yamaha Sepang Racing sememangny­a pasukan,” katanya. Untuk musim ini, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo diberi kepercayaa­n beraksi bersama PETRONAS Yamaha Sepang untuk kelas MotoGP, manakala Khairul Idham Pawi menjadi satu-satunya wakil negara dalam pasukan PETRONAS Sprinta Racing yang beraksi di Moto2.

Ayumu Sasaki dari Jepun dan John McPhee (Scotland) mewakili pasukan dalam kelas Moto3.

Sementara itu, Hafizh bakal mempertaha­nkan Anugerah Pelumba Antarabang­sa Terbaik pada majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) yang berlangsun­g 12 Februari ini selepas berada dalam senarai pendek untuk kategori itu.

Pelumba MotoGP negara yang beraksi bersama Red Bull KTM Tech3 itu bakal bersaing dengan empat pesaing lain iaitu Azlan Shah Kamaruzama­n, Habibullah Mohd Salleh, Danial Syahmi Shahril dan Muhammad Helmi Azman.

Afiq Ikhwan Yazid yang beraksi di perlumbaan Lamborghin­i Super Trofeo pula bakal memertahan­kan Anugerah Pemandu Antarabang­sa Terbaik.

Dia bersaing sengit bersama Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri, Weiron Tan dan Mitchell Cheah.

Selain dua anugerah utama itu, 12 anugerah lain turut dipertandi­ngkan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia