Harian Metro

Fatin intai podium Piala Asia

- Saiful Affendy Sapran Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

i

i

adalah pasukan yang meletakkan keutamaan untuk pelumba negara.

“Untuk ketika ini, tiada pelumba negara yang benar-benar bersedia beraksi di MotoGP.

“Sebab itulah kami mempergiat­kan pelbagai program seperti Impian ke MotoGP. Kami sudah menyediaka­n platform untuk pelumba negara, bukan nak tunggu bila mereka sudah bersedia baru kita nak tubuhkan Kuala Lumpur: Pemanah compound, Fatin Nurfatehah Mat Salleh mengintai kedudukan podium pada siri pertama Piala Asia di Thailand walaupun dia sudah beberapa bulan tidak menyertai sebarang pertanding­an kompetitif.

Pemanah kelahiran Sabah itu antara yang terpilih menggalas cabaran negara pada kejohanan yang berlangsun­g dari 24 hingga 31 Mac nanti.

“Kali terakhir saya beraksi pada kejohanan kompetitif adalah di Sukan Universiti ASEAN (AUG) pada awal Disember tahun lalu. Kebiasaann­ya sebelum ke kejohanan antarabang­sa, terdapat saingan domestik dianjurkan namun sebaliknya pada tahun ini.

“Bagaimanap­un, saya tetap meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan individu dan berpasukan di kedudukan podium,” jelasnya.

Atlet berusia 28 tahun itu, antara pemanah yang mendapat kebenaran untuk tidak menjalani latihan sepenuh masa di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

“Saya sudah menjalani latihan di Kota Bharu bersama jurulatih, Mon Redee Sut Txi sejak awal tahun, jadi terdapat peningkata­n dari aspek kemahiran dan fizikal. Ia memberikan keyakinan kepada saya untuk tampil bersaing di Thailand nanti.

“Keputusan di sana akan menjadi penanda aras kepada saya dalam usaha mempersiap­kan diri menghadapi Sukan SEA 2019 nanti,” jelasnya.

 ??  ?? HAFIZH kini mewakili pasukan Red Bull KTM Tech3 bagi musim baharu MotoGP.
HAFIZH kini mewakili pasukan Red Bull KTM Tech3 bagi musim baharu MotoGP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia