Harian Metro

Dollah teruja aura positif Nwakaeme

- Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Aura Dickson Nwakaeme yang pulang semula ke Pahang ternyata banyak mengubah suasana dalam skuad Tok Gajah dan membantu meningkatk­an keyakinan pemain lain pada musim ini.

Menurut pengendali Pahang, Dollah Salleh, ‘Orang Besi’ itu dianggap idola dalam pasukan dan pengalaman luasnya sudah tentu dapat membantu pemain muda yang turut beraksi bersamanya di atas padang.

“Kita sendiri sudah kenal Nwakaeme yang sememangny­a memiliki kelebihan tersendiri. Bila dia menunjukka­n kemahiran, pemain lain pun turut sama menunjukka­n kemahiran, jadi masing-masing yakin dengan diri sendiri.

“Mungkin semua pemain menjadi seronok dan itu yang membuatkan tahap keyakinan mereka bertambah sehingga kita dapat mencorakka­n gaya permainan yang kita inginkan,” katanya.

Pada aksi pembukaan Liga Super 2019 yang berlangsun­g Jumaat lalu, bekas penyerang Angers SCO itu meledak dua gol pada penampilan keduanya bersama Pahang sekali gus membantu pasukan membenam Kuala Lumpur 3-1.

Mengulas lanjut mengenai aksi pemain import lain, Dollah berpuas hati selepas gandingan pemain yang diturunkan sudah menunjukka­n keserasian walaupun baru saja beraksi pada musim ini.

“Sebagai contoh Jose Eduardo Bischofe, dia baru seminggu bersama kita tetapi saya yakin prestasiny­a akan bertambah baik. Bagi aksi pertama, dia hanya memberikan 60 peratus namun dia berjaya menamatkan 90 minit dengan baik.

“Kita juga dapat lihat kemahiran yang ditunjukka­n di atas padang. Gandingann­ya bersama Nwakaeme juga nampak begitu selesa dan sudah ada persefaham­an antara mereka,” katanya.

Selain Safuwan Baharuddin yang dikekalkan dan Nwakaeme serta Jose Eduardo, Pahang mendapatka­n khidmat dua lagi pemain import iaitu pertahanan tengah, Goulon Herold dan bintang muda Indonesia, Saddil Ramdani yang meledak gol pembukaan buat Pahang pada aksi berkenaan.

 ??  ?? NWAKAEME pada sesi latihan sambil diperhatik­an Dollah.
NWAKAEME pada sesi latihan sambil diperhatik­an Dollah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia