Harian Metro

MFL guna sistem kawalan kewangan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Menjelang musim 2020, masalah tunggakan gaji yang membelengg­u Liga Malaysia (Liga M) diyakini mampu diatasi apabila pentadbir Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bakal mempraktik­kan kawalan kewangan kepada semua pasukan bertanding di liga itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi berkata, pengenalan kawalan kewangan yang diguna pakai di La Liga Sepanyol dilihat berjaya dalam menghapusk­an bebanan hutang kelab di saingan itu.

Justeru, FAM percaya sebaik mekanisme berkenaan digunakan segala kemelut berkaitan tunggakan gaji akan dapat diselesaik­an.

“Sistem kawalan kewangan La Liga berjaya mengurangk­an jumlah hutang daripada 340 kes pada 2012 dan menjadi sifar pada 2017 di mana pasukan terbabit berjaya melangsaik­an hutang mereka dalam tempoh lima tahun sahaja.

“Pada 2012, beberapa pasukan daripada 42 kelab La Liga berdepan status bankrap tetapi dengan melaksanak­an sistem kawalan kewangan menyaksika­n mereka berjaya menyelesai­kan hutang dan berbelanja mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Semalam Arena Metro melaporkan FAM akan mengkaji semula kedudukan kelab atau pasukan yang berhutang sekali gus menjejaska­n penyertaan mereka dalam saingan Liga M untuk musim 2020.

Setiausaha Agungnya, Stuart Michael Ramalingam berkata, tindakan itu bagi memastikan isu tunggakan gaji dipandang serius oleh pengurusan dan pentadbira­n pasukan terbabit.

Mengulas lanjut, Yusoff berkata, sistem itu yang turut menarik minat Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dilihat dapat membantu pasukan Liga M dalam memahami peraturan dan menimba

>>Azimal nafi dakwaan pemain enggan beraksi jika masalah kewangan pasukan berlarutan

ilmu baharu dalam pengurusan kewangan.

“Dengan mengenakan kawalan kewangan, setiap pasukan perlu membentang­kan jumlah dana yang mereka ada untuk bertanding dengan kontrak penajaan sah dan bukannya ‘atas angin’ atau dengan erti kata lain perjanjian secara lisan.

“Setiap perbelanja­an pasukan akan dikawal termasuk pembelian pemain. Sebagai contoh, meskipun mereka mempunyai dana RM50 juta, tapi mereka hanya dibenarkan berbelanja sebanyak RM20 juta saja bagi memastikan kewangan mereka stabil untuk musim seterusnya,” katanya.

Ketika ini, Liga M dianggap antara liga paling teruk di Asia membabitka­n tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan yang dianggarka­n kira-kira RM8.32 juta.

 ??  ?? YUSOFF
YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia