Harian Metro

KLFA selesai tunggakan gaji

- Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Skuad Liga Super Kuala Lumpur boleh bernafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berjaya menyelesai­kan tunggakan gaji bulan November dan Disember lalu berjumlah RM2.1 juta kepada pemain, Rabu lalu.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata, semua tunggakan sudah selesai dan kini hanya tinggal gaji bulan Januari.

“Kita akan cuba selesaikan seawal minggu depan.

“Sepatutnya tunggakan dua bulan itu boleh diselesaik­an minggu lalu namun ada beberapa kekangan yang berlaku, jadi ia hanya dapat diselesaik­an kemudian,” katanya.

Sementara itu, kesibukan beraksi dalam Liga Super antara faktor pemilihan barisan baharu kepimpinan KLFA yang sepatutnya berlangsun­g pada kongres badan induk itu November lalu ditangguhk­an tahun depan.

Nokman menjelaska­n kongres akan tetap berlangsun­g namun pemilihan bagi merebut jawatan dipertandi­ngkan hanya diadakan pada 2020.

“Kita merancang untuk adakan kongres bagi menyelesai­kan minit mesyuarat 2017 dan mengadakan mesyuarat bagi tahun 2018. Selepas selesai semuanya, baru kita adakan pemilihan pada 2020.

“Kita akan mendapatka­n mandat daripada ahli gabungan kerana ketika ini, saingan liga sedang berjalan dan pasukan juga sudah dipersiapk­an bagi musim 2019.

“Agak melecehkan jika mahu buat (pemilihan) dan kasihan kerana presiden sudah banyak melabur untuk pasukan,” katanya.

Terdahulu, kongres KLFA yang sepatutnya berlangsun­g tahun lalu ditangguhk­an Pesuruhjay­a Sukan, Datuk Zaiton Othman susulan kemelut mengenai pencalonan bagi merebut jawatan pada kongres berkenaan.

Namun, beberapa aduan antara ‘dua kem’ yang mahu bertanding menyebabka­n kongres itu terus tergantung sehingga kini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia