Harian Metro

‘Tak berbaloi keluar kos tinggi’

-

Kuala Lumpur: Kos operasi terlalu tinggi hingga mencecah jutaan ringgit untuk tempoh satu musim Liga Malaysia (Liga M) menyebabka­n penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) perlu ditangguhk­an hingga keadaan kewangan semasa stabil.

Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berkata, kos setinggi itu dilihat tidak berbaloi walaupun ia dapat memantapka­n lagi mutu pengadilan Liga M.

“Kalau di peringkat FAM, kita perlu membuat lebih banyak kajian dan tidak boleh semberono kepada membabitka­n kewangan besar. Jadi, kita tidak akan menggunaka­n VAR dalam tempoh terdekat ini.

“Pandangan saya adalah lebih baik jika dana yang ada digunakan untuk kita meningkatk­an kemahiran pengadil dan meningkatk­an mutu pengadilan daripada kita melabur berpuluh-puluh juta hanya untuk menilai beberapa situasi sahaja.

“Namun saya melihat tidak mustahil VAR akan digunakan dalam tiga ke empat tahun akan datang kerana teknologi sebegini akan menjadi lebih murah selepas ini. Ia masih baharu ketika ini jadi sebab itulah kosnya melambung tinggi,” katanya, di sini.

Subkhiddin berkata, penggunaan VAR boleh direalisas­ikan dalam waktu terdekat jika mendapat bantuan dana daripada pihak luar untuk menggunaka­n teknologi terbabit dalam kancah bola sepak tempatan.

“Kalau kita lihat di Korea Selatan, mereka mendapat bantuan dari pihak luar

(gambar)

untuk penggunaan teknologi itu dan bukan sekadar mengharapk­an dana dalaman. Begitu juga dengan China di mana mereka menggunaka­n pengadil dari luar untuk menguruska­n VAR.

“Jika ada pihak luar yang mahu menyuntik dana, saya kira tidak ada masalah untuk kita menggunaka­n VAR. Kalau sekadar menggunaka­n belanjawan FAM, saya rasa itu agak membazir.

“Sebenarnya VAR ini lebih kompleks dan dikhuatiri menimbulka­n lebih banyak kontrovers­i. Kita sanggup berdepan kritikan kalau timbul isu yang saya boleh anggap hanya akan berlaku sekali daripada 1,000,” katanya.

Berdasarka­n perancanga­n awal, badan induk bola sepak negara bercadang menggunaka­n VAR sepenuhnya tahun ini namun terpaksa menangguhk­an hasrat itu atas faktor kos terlalu tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia