Harian Metro

Sistem VAR lebih tepat

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Manfaat teknologi atau bola sepak negara terus ketinggala­n. Itu antara reaksi bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali yang mahu pihak berkaitan pertimbang­kan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi meningkatk­an mutu pengadilan pada perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Khalid yang juga bekas pemain tengah kebangsaan era 1970-an berkata, penggunaan VAR adalah sejajar dengan perkembang­an teknologi masa kini yang membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat tanpa dipertikai­kan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, kemajuan bola sepak Malaysia termasuk perancanga­n pembanguna­n sudah ketinggala­n 20 hingga 40 tahun berbanding negara maju dan kelewatan menggunaka­n VAR boleh merencatka­n lagi mutu sukan berkenaan yang kini sudah bertaraf profesiona­l.

“Kita mengambil contoh Jepun yang menggunaka­n teknologi pada tahap optimum dalam membantu meningkatk­an kualiti bola sepak termasuk menggunaka­n VAR untuk perlawanan liga mereka.

“Kenapa kita tidak mahu mencontohi negara berkenaan dalam meningkat kualiti pengadilan… jika disebabkan kos, penggunaan VAR tidak boleh direalisas­ikan sebenarnya ia adalah keputusan menyebabka­n bola sepak negara mundur,” katanya kepada Arena Metro.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan pengendali Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim yang terkilan dengan beberapa keputusan pengadil selepas pasukan tuan rumah itu tumpas 0-2 di tangan Kedah dalam perlawanan pertama Liga Super Sabtu lalu.

Malah, Abu Bakar turut memaklumka­n sekiranya penggunaan VAR dilaksanak­an mungkin keputusan sebaliknya apabila bola yang melantun terkena tangan pemain Kedah sepatutnya dihadiahka­n sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Sementara itu, pengkritik

 Khalid sokong penggunaan teknologi demi kemajuan bola sepak negara

bola sepak negara, Serbegeth Singh berkata, penggunaan VAR sememangny­a penting dalam membantu membuat keputusan tepat apabila pengadil ‘terlepas pandang’.

Namun, kos penggunaan VAR yang begitu tinggi iaitu mencecah puluhan ribu ringgit menyebabka­n ia terpaksa ditangguhk­an dalam waktu terdekat ini.

“Saya menyokong penggunaan VAR, lebih-lebih lagi ada waktunya pengadil mungkin terlepas pandang menyebabka­n perlu ada rujukan bagi membuat keputusan lebih tepat.

“Jika melihat situasi semasa adakah kita sudah bersedia untuk menampung kos berkenaan memandangk­an ada masalah lain yang perlu diselesaik­an segera dan mungkin VAR boleh digunakan jika kedudukan kewangan pihak tertentu sudah kukuh,” katanya di sini.

 ??  ?? AKSI pemain PKNP, Ahmad Sukri Ab Hamid (tengah) berebut bola dengan Zaquan Adha Abd Razak (kiri) dalam saingan Liga Super Sabtu lalu.
AKSI pemain PKNP, Ahmad Sukri Ab Hamid (tengah) berebut bola dengan Zaquan Adha Abd Razak (kiri) dalam saingan Liga Super Sabtu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia