Harian Metro

Tangkap tiga perompak kampung

-

Sandakan: Kecekapan polis menjalanka­n siasatan berjaya menyelesai­kan kes pecah masuk dan kecurian di sekitar Kampung Ulu Dusun dan Kampung Lupak Meluas.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kes berkenaan berjaya diselesaik­an berikutan penahanan tiga lelaki berusia 33 hingga 39 tahun yang dipercayai mendalangi beberapa kejadian.

Katanya, semua suspek didapati aktif melakukan pecah rumah dan masjid dengan menyasarka­n peralatan elektrik untuk dijual kepada orang lain.

“Semua suspek dipercayai bergerak secara berkumpula­n dan seorang daripada yang ditahan turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Hasil penahanan itu, polis merampas kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mereka, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, tong gas dan mikrofon bernilai keseluruha­n RM25,500,” katanya pada sidang media di Balai Polis Sandakan, semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan 29 Januari lalu selepas didapati memecah masuk sebuah masjid di Batu Sapi.

Mohd Azhar berkata, suspek yang bergerak secara bersendiri­an turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

“Ketika ditahan, polis merampas beg silang warna hitam dan dompet serta beberapa kad dipercayai hasil kegiatan jenayah suspek,” katanya.

Mohd Azhar berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MOHD Azhar (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas semula di sekitar Kampung Ulu Dusun dan Kampung Lupak Meluas.
MOHD Azhar (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas semula di sekitar Kampung Ulu Dusun dan Kampung Lupak Meluas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia