Harian Metro

Geng Codok tumpas

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Terbabit 100 kes curi tong gas di restoran, rumah

Polis berjaya mematahkan kegiatan kumpulan penjenayah aktif mencuri tong gas dari premis restoran dan perumahan sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kumpulan dikenali geng Codok itu dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 100 kes kecurian tong gas.

Katanya, dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun daripada kumpulan itu berjaya ditahan di kawasan Taman Emas, Batu 7, 25 Januari lalu.

“Kumpulan ini disyaki melakukan jenayah dengan memecah masuk premis restoran dan perumahan di sekitar daerah ini untuk mencuri tong gas.

“Siasatan awal mendapati, kumpulan ini terbabit lebih 100 kes kehilangan tong gas. Bagaimanap­un setakat ini polis hanya menemui 12 tong gas,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bandar Sandakan, semalam.

Mohd Azhar berkata, polis turut merampas kereta Perodua Viva dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah itu.

“Jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM25,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 serta Seksyen 457 akta yang sama,” katanya. Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Mohd Azhar berkata, sepanjang Januari tahun ini pihaknya sudah menahan 25 individu berusia 17 hingga 53 tahun dan menyelesai­kan sekurang-kurangnya 31 kes.

“Semua suspek ditahan disyaki terbabit dalam kes jenayah membabitka­n kecurian harta benda, pecah rumah, curi motosikal dan samun.

“Polis turut merampas 131 unit pelbagai barangan yang dilaporkan hilang, antaranya televisyen, telefon bimbit, kamera, motosikal dan kereta yang bernilai keseluruha­n RM213,500,” katanya.

Mohd Azhar berkata, semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380, Seksyen 381, Seksyen 431A dan Seksyen 457 akta yang sama.

 ??  ?? MOHD Azhar (dua dari kiri) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada geng Codok.
MOHD Azhar (dua dari kiri) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada geng Codok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia