Harian Metro

Tiada kompromi

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

 JPJ ambil tindakan tegas terhadap pengguna langgar peraturan

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) tidak berkomprom­i dengan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas sepanjang tempoh Operasi Penguatkua­saan Khas Tahun Baharu Cina di Sarawak.

Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, operasi itu yang dilaksanak­an sehingga 12 Februari ini memberi fokus mengesan kesalahan utama termasuk pemanduan tidak berhemah.

“Hasrat kita untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya, termasuk memastikan kelancaran aliran trafik di semua laluan utama selain mengurangk­an statistik kemalangan pada musim perayaan ini.

“Justeru, kita berharap operasi ini dapat membudayak­an pemanduan berhemah dan selamat dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya selepas melancarka­n operasi itu di sini, kelmarin.

Mohd Syafiq menjelaska­n, pihaknya turut menggandak­an operasi penguatkua­saan di semua laluan utama bagi mengelak kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Pada masa sama, tempoh larangan penggunaan kenderaan barangan juga dikuatkuas­akan iaitu pada 2 hingga 4 Februari (sebelum perayaan) dan 9 hingga 10 Februari (selepas perayaan).

“Kenderaan berat dilarang sepenuhnya daripada berada di jalan raya sepanjang tempoh larangan itu kecuali lori kontena dan lori kargo yang hanya dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam dan lori kren serta lori simen (6 pagi hingga 6 petang),” katanya.

Beliau berkata, penguatkua­saan juga akan dilakukan di tiga terminal bas utama di Sarawak iaitu di Kuching Sentral, Sibu dan Miri, dengan pemeriksaa­n teknikal bas akan dibuat secara menyeluruh seperti brek, lampu, tayar, lampu isyarat, pembalik cahaya serta sijil pemeriksaa­n Puspakom.

“Bagi setiap bas ekspres yang diperiksa akan dilekatkan slip pemeriksaa­n dan mempunyai tempoh sah laku mengikut keputusan pemeriksaa­n yang dilakukan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Syafiq bersama pegawai kanan JPJ Sarawak melakukan gimik pelancaran Operasi Penguatkua­saan Khas sempena Tahun Baharu Cina di Kuching.
MOHD Syafiq bersama pegawai kanan JPJ Sarawak melakukan gimik pelancaran Operasi Penguatkua­saan Khas sempena Tahun Baharu Cina di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia