Harian Metro

20 keluarga cemas tanah gelongsor

-

Kanowit: Seramai 20 sekeluarga mendiami Rumah Panjang Baking Guang, cemas selepas berlaku tanah runtuh di lereng bukit di belakang kediaman mereka malam kelmarin.

Difahamkan, gelongsora­n tanah berlaku kira-kira jam 6 petang kelmarin, namun keadaan bertambah serius menjelang jam 7.30 malam.

Malah, sebahagian tanah dari kawasan lereng bukit turut meranapkan tiga ruang dapur di rumah panjang 14 pintu itu.

Bagaimanap­un, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik ketika dihubungi mengesahka­n tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Katanya, sebahagian besar penghuni bertindak meninggalk­an kediaman masing-masing sejurus merasakan sesuatu yang tidak kena apabila gelongsora­n tanah mula berlaku lewat petang kelmarin.

“Kami menerima panggilan kecemasan memaklumka­n kejadian itu kira-kira jam 7.34 malam. Namun disebabkan cuaca gelap dan keadaan jalan becak, pergerakan ke lokasi terpaksa ditangguhk­an atas risiko keselamata­n.

“Kami hanya dapat menggerakk­an anggota untuk menyalurka­n bantuan pagi ini (semalam), selain melakukan operasi pemantauan di lokasi kejadian,” katanya.

Arrahman berkata, punca sebenar masih disiasat, namun beliau tidak menolak kemungkina­n hujan lebat antara penyebab struktur tanah di lereng bukit berkenaan tidak stabil.

“Menurut laporan daripada penghuni rumah itu, insiden terbabit tidak membabitka­n sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan. Ia hanya menjejaska­n tiga dapur rumah panjang berkenaan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN tanah yang menggelong­sor dan menghempap tiga dapur Rumah Panjang Baking Guang di Kanowit.
KEADAAN tanah yang menggelong­sor dan menghempap tiga dapur Rumah Panjang Baking Guang di Kanowit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia