Harian Metro

Murung hingga gantung diri

-

Murung, menyendiri dan kurang bercakap. Itu petanda seorang lelaki yang ‘menamatkan’ ajalnya dengan menggantun­g diri di sebuah rumah di Batu Kawa, malam kelmarin.

Mayat Augustine Brayan Giles, 25, ditemui tergantung di dalam bilik tidurnya kira-kira jam 8.30 malam oleh abangnya yang pelik dengan kelakuan mangsa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, lelaki terbabit ditemui tidak sedarkan diri dengan lehernya tergantung menggunaka­n wayar mesin pencetak.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dilihat murung dan kurang bercakap oleh ahli keluargany­a beberapa hari lalu.

“Lelaki itu yang tinggal di rumah berkenaan bersama bapa dan abangnya tidak kelihatan sejak awal pagi hari kejadian.

“Bapa dan abangnya yang bekerja sebagai pekerja binaan keluar rumah untuk ke tapak projek manakala si mati masih di rumah,” katanya.

Aidil berkata, sebaik pulang jam 8.30 malam, abang si mati kemudian mencarinya di kawasan rumah namun tidak ditemui untuk memberi makan malam yang dibeli sebelum pulang.

Katanya, sebaik pintu bilik dibuka, si mati ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan wayar mesin pencetak digantung pada kayu bumbung rumah.

“Mayat si mati dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian manakala kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia