Harian Metro

Dua masuk cara haram dengan bot

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba memasuki negara ini secara haram di Pusat Pemeriksaa­n Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau, pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad

Pajeri Ali berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan ketika menaiki bot laju oleh pasukan anggota PPM yang melakukan Op Gelora di kawasan terbabit jam 11.40 pagi.

Beliau berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, juragan memecut bot laju menuju ke arah kompleks CIQ lama sebelum melarikan diri dan gagal dikesan.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap bot laju itu mendapati ada dua penumpang tanpa dokumen pengenalan diri.

“Kedua-dua penumpang lelaki masing-masing berumur 17 dan 21 tahun itu ditahan atas kesalahan memasuki negara ini secara haram tanpa dokumen,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Warga emas berusia 62 tahun yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai di sini, ditemui selamat jam 5 petang, kelmarin.

Difahamkan, Saidin Tarazim dilaporkan hilang oleh ahli keluargany­a jam 10 pagi kelmarin ketika pergi bersenam dan dipercayai tidak dapat kembali ke rumah kerana tersesat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.32 petang dan enam anggota segera dikejar ke lokasi bersama sebuah jentera.

Katanya, operasi mencari mangsa dijalankan dengan bantuan empat anggota Pasukan Bomba Bantuan, dua anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) serta penduduk.

“Pasukan bomba menemui mangsa jam 5 petang tanpa kecederaan namun dalam lemah dan letih.

“Mangsa yang ditemui di kaki bukit di kawasan bakau, dipapah ke kawasan lapang di bukit untuk diberi rawatan awal sebelum dipapah semula hingga ke kawasan jeti di kampung itu,” katanya.

Rozlan berkata, pada

 ??  ?? ANGGOTA bomba menemui semula Saidin yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai, Kota Belud.
ANGGOTA bomba menemui semula Saidin yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai, Kota Belud.
 ??  ?? ANGGOTA PPM mengawal dua lelaki warga asing yang ditahan memasuki daerah secara haram melalui di Tawau.
ANGGOTA PPM mengawal dua lelaki warga asing yang ditahan memasuki daerah secara haram melalui di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia