Harian Metro

Curi tiga beg pakaian kedai

-

Berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan pelbagai baju dari sebuah kedai pakaian di Batu Kawa, kelmarin.

Modus operandi dua lelaki berusia 16 dan 41 tahun itu akhirnya menjerat diri selepas tindakan mereka disedari pemilik kedai itu jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, suspek pada mulanya masuk ke kedai itu dan berpura-pura memilih pakaian.

Menurutnya, selepas beberapa minit berlegar di ruang pameran premis, suspek bergegas keluar dengan membawa tiga beg plastik pakaian tanpa membuat pembayaran.

“Suspek keluar

tergesa-gesa kerana tidak mahu tindakan mereka disedari pemilik atau pekerja.

“Namun, pemilik premis yang curiga dengan tindakan itu mengekori suspek hingga ke kereta sebelum menahan mereka,” katanya.

Penampang: Polis akan memberikan tumpuan pengawasan terhadap Lebuhraya Kota Kinabalu-Papar yang dikenal pasti lokasi hitam berikutan kekerapan berlaku kemalangan sepanjang tempoh Op Selamat 14, bermula 29 Januari hingga 12 Februari depan.

Laluan yang menjadi fokus utama polis adalah Kilometer 9 hingga Kilometer 21 yang direkodkan mempunyai kadar kemalangan paling tinggi di Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, 15 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat akan ditugaskan bagi mengawal keadaan lalu lintas serta keselamata­n.

Polis yang ditugaskan mengawal selia laluan itu dalam usaha memastikan kelancaran laluan selain mengurangk­an risiko kemalangan jalan raya.

“Kami memberi tumpuan

 ??  ?? AIDIL
AIDIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia