Harian Metro

BUDAK BECA RAIH RM3,000 SEBULAN

Mampu raih secara purata RM3,000 sebulan kayuh dari 9 pagi hingga 6 petang

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Kadar bayaran dikenakan antara RM25 hingga RM50 kepada pelancong dan ia bergantung kepada jarak atau laluan dipilih”

Faizal Shamsuri

“Walaupun terpaksa mengerah kudrat termasuk berpanas dan berhujan, itu bukan halangan untuk saya kerana kelak akan memperoleh pendapatan lumayan,” kata pengayuh beca paling muda di bandar raya ini, Faizal Shamsuri, 15.

Faizal berkata, dia bekerja keras kerana kerjayanya itu tidak seperti mereka berpendidi­kan tinggi yang selesa duduk di bilik berhawa dingin.

Katanya, dengan bekerja sebagai pengayuh beca di bandar raya ini, dia mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah RM4,000 sebulan hanya bermodalka­n sebuah beca.

“Walaupun pendapatan ini agak lumayan, sebelum itu saya terpaksa bekerja keras dengan mengerah kudrat untuk membawa pelancong.

“Secara purata pendapatan diperoleh kira-kira RM3,000 sebulan, tetapi menjelang musim perayaan atau cuti ia boleh mencecah RM4,000,” katanya ketika ditemui di bangunan merah Stadthuys di Banda Hilir di sini, semalam.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, rutin hariannya bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang dengan membawa pelancong dari dalam atau luar negara bersiar-siar di sekitar kawasan pelanconga­n di bandar ini.

Katanya, walaupun pada awal bapanya, Shamsuri Saleh, 50-an, kurang bersetuju dengan pilihannya itu namun akur selepas dia menunjukka­n minat.

“Ayah banyak memberi tunjuk ajar terutama selok-belok sebagai pengayuh walaupun pada awal pembabitan saya dia tidak setuju.

“Kadar bayaran dikenakan antara RM25 hingga RM50 kepada pelancong dan ia bergantung kepada jarak atau laluan dipilih mereka selain harga itu sudah ditetapkan dalam kalangan pengayuh,” katanya.

Faizal yang sudah setahun mengayuh beca berkata, dia berpuas hati kerana pekerjaan itu mampu mendekatka­n dirinya dengan pelancong, sekali gus membantu memperkena­lkan pelbagai tarikan bersejarah Melaka kepada warga asing.

Katanya, sebagai pengayuh beca paling muda dalam kalangan lebih 300 pengayuh beca di Melaka, dia tidak janggal bersama pengayuh beca lain untuk bersama keluar mencari rezeki.

“Saya akan kekal bekerja sebagai pengayuh beca selagi terdaya memandangk­an saya tidak mempunyai pendidikan tinggi serta kemahiran lain,” katanya yang turut rapat dengan pengayuh beca tertua di Melaka, Mohamed Rusdi, 77.

Ibarat ‘datuk dan cucu’, Mohamed turut kagum dengan kesungguha­n Faizal menepis rasa malu dan rendah diri semata-mata mahu mewarisi tradisi kerjaya sebagai pengayuh beca di bandar raya ini.

 ??  ??
 ??  ?? FAIZAL (kiri) mengayuh beca di sekitar Stadthuys di Banda Hilir.
FAIZAL (kiri) mengayuh beca di sekitar Stadthuys di Banda Hilir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia