Harian Metro

PILU TIGA BERADIK

-

> “Ketika tiba di lokasi, saya diberitahu Haifa Amira dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Saya sempat mengajarny­a mengucap dua kalimah syahadah,” kata Mohd Asri Zakaria, 52, yang kehilangan tiga anak dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan,

lapor Siti Nor Hidayatida­yu Razali dan Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Tiga beradik maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Wira di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, berhampira­n Bukit Tuku, Pasir Mas, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pemandu Proton Wira berusia 20-an parah manakala tiga beradik berkenaan berusia 10, 22 dan 23 tahun meninggal dunia.

Katanya, kemalangan berlaku apabila Proton Wira dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal dan memasuki lorong bertentang­an.

“Perodua Myvi dan Proton Wira berkenaan bertembung. Dua mangsa menaiki Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi di Hospital Pasir Mas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, tiga beradik berkenaan dikenali sebagai Fatin Arina Mohd Asri, 23; Anis Suraya, 10, maut di lokasi kejadian manakala Haifa Amira, 22, meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Pasir Mas.

Menurutnya, pemandu Proton Wira Mohd Helmi Mustafa, 21, yang parah dan tidak sedarkan diri dihantar ke hospital sama.

Sebelum kejadian, tiga beradik yang berasal dari Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dalam perjalanan menjemput ibu saudara mereka Zaleha Shafie, 48, untuk mendapatka­n bekalan ubat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Perodua Myvi dan Proton Wira berkenaan bertembung”

Abdullah Mohammad Piah

 ??  ?? FATIN Arina, 23
HAIFA Amira, 22
ANIS Suraya, 10
FATIN Arina, 23 HAIFA Amira, 22 ANIS Suraya, 10
 ??  ?? MOHD Asri menunjukka­n MyKad seorang anaknya yang maut.
MOHD Asri menunjukka­n MyKad seorang anaknya yang maut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia