Harian Metro

AGONG ‘PAYUNG’ MAKAN SATU RESTORAN

Pemilik, pengunjung Umai Cafe teruja Seri Paduka sekeluarga makan bersama

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, Tuanku puji hidangan kami,” kata pemilik Umai Cafe, Amir Redza Mohamad Tajudin, 37.

Amir Redza berkongsi kegembiraa­n itu selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengunjung­i kafenya di Presint 2 di sini, petang Ahad lalu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama dua anakanda mereka iaitu Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Ilisha Ameera singgah untuk minum petang di Umai Cafe sambil menikmati beberapa hidangan selain

Baginda sekeluarga tiba jam 5 petang dengan memandu sendiri. Pada mulanya, saya dan kakak, Syura Natalia, 38, kami menawarkan Tuanku untuk santap di ruang makan di tingkat atas yang lebih privasi, namun baginda memilih untuk bersama pelanggan lain di ruang makan di tingkat bawah”

Amir

beramah mesra dengan rakyat jelata yang kebetulan berada di kafe sama.

Amir Redza ketika ditemui berkata, dia akui terkejut apabila dihubungi pegawai khas Tuanku memberitah­u bahawa baginda sekeluarga ingin menikmati hidangan minum petang di kafenya sebelum mengarahka­n pekerjanya bersiap sedia.

“Baginda sekeluarga tiba jam 5 petang dengan memandu sendiri. Pada mulanya, saya dan kakak, Syura Natalia, 38, kami menawarkan Tuanku untuk santap di ruang makan di tingkat atas yang lebih privasi namun, baginda memilih untuk bersama pelanggan lain di ruang makan di tingkat bawah.

“Selepas mengambil tempat duduk, Tuanku sekeluarga pesan nasi lemak, lempeng pisang, lempeng kelapa, cucur udang dan roti jala.

“Sementara menunggu makanan tiba, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sempat beramah mesra bersama pelanggan yang ada dalam kafe kami. Ketika itu, lebih 50 pelanggan sedang berada dalam kafe kami,” katanya.

Katanya, dia juga akui risau dengan menu yang dihidangka­n selain bimbang tidak menepati selera baginda sekeluarga khususnya Tunku Azizah yang dikenali ramai di media sosial sebagai ‘tukang masak’ dari istana.

Menurutnya, dia berasa lega kerana baginda sekeluarga memuji menu makanan yang dihidangka­n dan mengucapka­n terima kasih atas layanan diberikan sebelum beredar meninggalk­an kafe kira-kira sejam kemudian.

“Selain itu, baginda juga berkenan membayarka­n bil makanan untuk semua pelanggan yang berada dalam kafe pada petang itu,” katanya.

Amir Redza berkata, dia menyifatka­n baginda seorang yang mesra rakyat, merendah diri dan tidak cerewet dalam memilih makanan selain menyukai makanan tradisiona­l.

Menurutnya, Umai Cafe diuruskan bersama kakaknya serta ibunya, Datin Jamaliah Ja’afar, 64, sejak lapan tahun lalu yang menawarkan masakan Melayu tradisiona­l, barat dan makanan ala Thai.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA pengiring membukakan pintu kenderaan Yang di-Pertuan Agong sebaik tiba di hadapan cafe.
AMIR dan Syura (dua dari kiri) bergambar bersama Tunku Azizah. AMIR memperkena­lkan kakaknya (kiri) kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin sebaik duduk di meja makan. JAMALIAH (tengah) bersama anak-anaknya menunjukka­n makanan yang dihidangka­n kepada Yang di-Pertuan Agong.
ANGGOTA pengiring membukakan pintu kenderaan Yang di-Pertuan Agong sebaik tiba di hadapan cafe. AMIR dan Syura (dua dari kiri) bergambar bersama Tunku Azizah. AMIR memperkena­lkan kakaknya (kiri) kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin sebaik duduk di meja makan. JAMALIAH (tengah) bersama anak-anaknya menunjukka­n makanan yang dihidangka­n kepada Yang di-Pertuan Agong.
 ??  ?? AMIR (tengah) dan Syura (kanan) bersama tetamu dari istana yang berkunjung ke Umai Cafe Ahad lalu.
AMIR (tengah) dan Syura (kanan) bersama tetamu dari istana yang berkunjung ke Umai Cafe Ahad lalu.
 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ??
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia