Harian Metro

TIGA BERANAK RENTUNG

 Keluarga mangsa nahas Lebuhraya SILK masih trauma, terkejut berita kemalangan maut

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

“Pihak keluarga masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Mayat ketiga-tiga mangsa hanya akan dituntut esok (hari ini) untuk disemadika­n,” kata kenalan rapat keluarga mangsa yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 6.9 Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), dekat sini, jam 6.20 petang kelmarin.

Lelaki hanya mahu dikenali sebagai Lee itu turut memaklumka­n, keluarga mangsa masih berbincang bagi memutuskan di mana proses pengurusan persemadia­n ketiga-tiga mendiang akan dibuat.

“Buat masa ini, pihak keluarga masih terkejut dan bersedih dengan kejadian yang berlaku dan belum bersedia bertemu dengan media,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Serdang, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, tiga mangsa yang rentung apabila kereta BMW X3 dinaiki terbakar selepas terbabas di lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai suami isteri dan anak mereka.

Katanya, suami isteri itu dikenal pasti sebagai Goh Soay Sing, 68, dan Saw Yeng Fui, 65, manakala anak mereka, Goh Tian Hing, 44.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Anggerik Emas, Semenyih, selepas menghantar salah seorang ahli keluarga di sebuah stesen pengangkut­an awam di Balakong.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Tian Hing, hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Susulan kemalangan itu, Tian Hing serta ibunya,

Yeng Fui, yang duduk di bahagian penumpang depan dan bapanya Soay Sing, di tempat duduk penumpang belakang rentung dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Serdang.

Azman berkata, waris mangsa sudah hadir bagi melakukan proses pengecaman namun hanya mampu membuat pengesahan berdasarka­n barangan peribadi milik mangsa yang ditemui berikutan keadaan mayat sudah rentung.

“Sampel darah pemandu juga akan diambil untuk mengesan sekiranya wujud sebarang kesan penggunaan bahan terlarang,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lokasi berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang melihat kemalangan itu.

Katanya, keadaan cuaca juga adalah baik ketika kejadian berlaku di lebuh raya yang memiliki tiga lorong menghala arah Sungai Long.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil untuk menyalurka­n maklumat dengan menghubung­i balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fahmi Isa di talian 011 14824202,” katanya.

 ??  ?? KELUARGA mangsa berkumpul di hadapan Jabatan Forensik, Hospital Serdang.
KELUARGA mangsa berkumpul di hadapan Jabatan Forensik, Hospital Serdang.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa lokasi kejadian di Kilometer 6.9 Lebuhraya SILK. KEADAAN lokasi nahas yang menyebabka­n tiga individu
rentung, kelmarin.
ANGGOTA bomba memeriksa lokasi kejadian di Kilometer 6.9 Lebuhraya SILK. KEADAAN lokasi nahas yang menyebabka­n tiga individu rentung, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia