Harian Metro

SAMAN PEMANDU LORI CUAI

 Lelaki mahu ambil tindakan undang-undang akibat nahas menyebabka­n tangan kudung

- Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Pemandu pacuan empat roda yang putus tangan kanan akibat kemalangan di Kilometer 66 Jalan Beluran-Telupid, Isnin lalu, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan yang menyebabka­n keadaannya jadi begitu.

Mangsa, Rawny Alivat

Taha, 33, berkata, dia akan menuntut kerugian dan kehilangan yang dialaminya ketika ini akibat kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pihak lain.

“Kami akan saman semua pihak berkaitan termasuk pemandu lori yang menyebabka­n tangan saya jadi begini. Setakat ini ini kami sudah buat perbincang­an awal dengan peguam.

“Saya akan menuntut agar dia dan pihak berkaitan bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas kecederaan yang saya alami,” katanya ketika ditemui di Hospital Duchess of Kent Sandakan, semalam.

Rawny berkata, akibat kemalangan itu dia kini kehilangan tangan sebelah kanan dan masih kekok dengan keadaan itu.

“Walaupun keadaan sudah stabil namun saya masih menahan rasa kesakitan dan masih kekok tanpa tangan kanan. Malah pergerakan terbatas dan belum biasa dengan keadaan ini,” katanya.

Isterinya Fanny Jukin, 36, berkata, pemandu lori wajib bertanggun­gjawab terhadap apa yang mereka sekeluarga alami.

“Kami harap dia (pemandu lori) bertanggun­gjawab sepenuhnya kerana kemalangan itu bukan silap kami dan saya kecewa dengan dakwaan di media sosial sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, bapa saudaranya, Peter Henry, 49, mendakwa keadaan jalan raya tidak rata dan berlubang antara punca kemalangan itu berlaku.

“Kami penduduk sini sering menggunaka­n jalan ini dan sangat faham keadaannya yang berlubang di sepanjang jalan dari Telupid ke Sandakan.

“Kalau jalan raya itu bagus, pasti kemalangan ini tidak berlaku dan anak saudara saya tidak jadi begini,” katanya.

Terdahulu, menceritak­an semula sebelum kejadian itu, Peter berkata, anak saudaranya itu bersama keluargany­a baru saja melawat mereka di Kampung Pelantung, Beluran.

“Mereka sebenarnya baru selesai melawat kami dan bertolak ke Penampang kira-kira dua jam sebelum kejadian.

“Tiba-tiba saya terima panggilan telefon mengatakan mereka kemalangan dan kami semua terkejut mendengar berita itu,” katanya.

 ??  ?? RAWNY menunjukka­n isyarat bagus ketika dirawat di hospital, semalam.
RAWNY menunjukka­n isyarat bagus ketika dirawat di hospital, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia