Harian Metro

Suspek tikam jiran hingga mati dirawat di ICU

-

Suspek yang menikam jiran bilik sewanya sehingga mati di Jalan Theatre di sini Sabtu lalu masih dirawat dan ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner Mohd Ali Tamby berkata, suspek berusia 30-an itu masih menerima rawatan di ICU HRPB selepas ditetak individu lain dalam pergaduhan yang masih belum diketahui motifnya.

Katanya, keadaan suspek yang parah menyebabka­n polis masih belum dapat melengkapk­an siasatan berikutan tidak dapat merakam keterangan­nya walaupun sudah mengambil keterangan seorang lelaki serta ibunya.

“Lelaki (berusia 30-an) dan ibunya sudah diambil keterangan berikutan suspek ditetak oleh lelaki itu dan setakat ini lelaki itu tidak ditahan atau direman.

“Suspek masih ditempatka­n di ICU

HRPB dan keterangan­nya masih belum dapat dirakam,” katanya.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang juga warga emas, Chai Ah Kin, 83, maut di tempat kejadian, manakala suspek lelaki berusia 30-an parah dan dirawat di HRPB.

Difahamkan, terdapat kesan tikaman objek tumpul dipercayai sudu di dada mangsa, manakala suspek parah ditetak di bahagian kepala oleh individu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia