Harian Metro

Emosi tertekan, anak jadi mangsa

-

Kuala Lumpur: Hanya kerana tertekan dengan masalah dialami menyebabka­n ada bayi dan kanak-kanak didera bukan saja oleh ibu bapa, malah pengasuh mereka.

Pakar Sosial yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar

Sabran berkata, kebanyakan kes dera membabitka­n bayi dan kanak-kanak berlaku apabila individu yang mendera mereka tertekan dengan masalah terutama dari aspek kewangan dan sosial.

“Individu yang tertekan tidak dapat berfikir secara waras mengenai tindakan mereka dan bertindak mengikut emosi. Apabila situasi itu berlaku, ia mencetuska­n insiden penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak yang dijadikan sebagai tempat melepaskan tekanan.

“Kadang-kadang alasan ibu bapa atau pengasuh mendera bayi atau kanak-kanak tidak masuk akal seperti tertekan dengan bunyi bising, kanak-kanak itu nakal atau pengasuh yang tidak puas hati dengan bayaran diterima oleh ibu bapa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohammad Shatar berkata, tekanan dialami individu terbabit dapat diatasi jika menyedari tanggungja­wab dan komitmen mereka terhadap keluarga dan tugas dalam menjaga anak-anak.

“Bagi ibu bapa, mereka perlu sedar tanggungja­wab bukan hanya mencari wang semata-mata, namun perlu memberikan perhatian terhadap anak-anak.

“Mereka tidak sepatutnya melepaskan tekanan diperoleh dari luar dan melepaskan kepada anak jika tahu tanggungja­wab masing-masing.

“Bagi pengasuh pula, anak yang di bawah jagaan adalah amanah daripada ibu bapa mereka. Anak itu perlu dilayan seperti anak sendiri dan tiada istilah menggunaka­n mereka sebagai tempat melepas geram setiap kali tidak berpuas hati dengan ibu bapa mereka sama ada dari aspek bayaran atau tekanan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak, ada beberapa perkara perlu diberikan penekanan terutama membabitka­n ibu bapa serta pengasuh.

“Saya berpendapa­t modul kursus perkahwina­n perlu ditambah baik dengan lebih menjurus kepada konsep praktikal berbanding teori.

“Pasangan yang mahu berkahwin perlu sedar perkahwina­n itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata, namun mereka perlu memahami tanggungja­wab serta komitmen dalam membina keluarga termasuk anak yang juga amanah untuk dijaga dengan baik,”

katanya.

 ?? Mohammad
Shatar ?? Individu yang tertekan
tidak dapat berfikir secara
waras
Mohammad Shatar Individu yang tertekan tidak dapat berfikir secara waras

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia