Harian Metro

Nenek sesat jalan 10 kilometer

-

Kota Marudu: Bukan calang warga emas boleh berjalan sejauh 10 kilometer dalam usia 80 tahun. Begitu nasib malang seorang wanita warga emas yang dipercayai tersesat sebelum ditemui dalam keadaan keletihan selepas berjalan sendirian di Jalan Kota Marudu - Langkon, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, wanita berusia 80 tahun itu diselamatk­an anggota trafik sebelum diserahkan kepada ahli keluargany­a.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah, berkata wanita itu ditemui anggota polis trafik ketika menjalanka­n Op Selamat 14/2019 sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Wanita itu ditemui duduk di tepi jalan raya dan hasil temu bual mendapati dia berjalan mahu menuju ke Kampung Bengkongan untuk menemui anaknya.

“Anggota polis trafik juga bertanya dengan penduduk di sepanjang Jalan Kota Marudu Langkon untuk untuk mengenal pasti ahli keluargany­a sehingga menemui cucunya di Kampung Langkon Baru,” katanya.

Sementara itu, lelaki mahu dikenali sebagai Ajat, 29, juga anak saudara warga emas itu berkata, ibu saudaranya keluar dari rumah di Kampung Ranau dan sudah berjalan sejauh 10 kilometer tanpa disedari ahli keluarga.

“Dia juga baru keluar dari wad Hospital Kota Marudu pada hujung bulan lalu untuk menjalani rawatan sakit tua.

“Ingatannya kurang baik dan mujur polis trafik membantu sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? WARGA emas dipercayai tersesat dan berjalan sejauh 10 kilometer dibantu anggota polis trafik ketika menjalanka­n OP Selamat 14/2019 di Kota Marudu.
WARGA emas dipercayai tersesat dan berjalan sejauh 10 kilometer dibantu anggota polis trafik ketika menjalanka­n OP Selamat 14/2019 di Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia