Harian Metro

Cota kekasih ibu mentua

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

 Wanita pukul warga emas sampai mati

Rasa tidak puas hati menyebabka­n seorang wanita sanggup bertindak menghentak kepala seorang lelaki warga emas sehingga mati menggunaka­n cota di Taman Sentosa di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek berusia 38 tahun berang dengan mangsa yang dipercayai menjadi teman lelaki kepada ibu mentuanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada suspek yang memaklumka­n bertengkar dengan mangsa berusia 64 tahun itu, jam 8.30 malam.

“Bertindak atas maklumat itu, kita kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat lelaki terbaring di tepi jalan berhadapan sebuah rumah.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui kesan kecederaan di belakang kepala mangsa dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana disyaki menjadi teman lelaki kepada ibu mentuanya.

“Wanita itu turut memaklumka­n ada memukul mangsa menggunaka­n cota bersama pekerjanya iaitu lelaki warga India berusia 24 tahun yang sudah melarikan diri. “Susulan itu, wanita yang juga peniaga minuman ditahan bagi membantu siasatan. Lelaki berkenaan turut diberkas di Pandamaran petang kelmarin,” katanya.

Shamsul Amar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Wanita itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia