Harian Metro

Selebriti tersasar perlu diberi sokongan

-

Kuala Lumpur: Seseorang selebriti yang jika kebaikan mereka diikuti pengikut pasti dianugerah­kan ganjaran pahala dan begitulah juga sebaliknya apabila turut memperoleh dosa jika keburukan menjadi ikutan peminat.

Bagaimanap­un, selebriti yang tersasar ketika berusaha melakukan kebaikan perlu diberi sokongan bersesuaia­n dengan dakwah dianjurkan ajaran Islam.

Itu pendapat dua ulama iaitu Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz ketika diminta mengulas mengenai tindakan pelakon Emma Maembong yang kembali membuka tudung.

Menurut Abdul Rahman, setiap muslimat perlu mengetahui bahawa setiap perkara dilakukan seharian adalah bagi mendapat reda Allah termasuk dalam aspek berpakaian.

“Kena faham kita buat sesuatu bukan kerana orang sebaliknya sebab patuh kepada perintah Allah. Ini nasihat saya buat semua. Kadang-kala mereka tidak tahu berpakaian pun dapat pahala, ini yang kena belajar supaya semua perbuatan (seharian) tidak sia-sia.

“Allah sukakan hambanya yang istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun kecil.

“Dalam konteks selebriti (ramai pengikut), jika kebaikan kita diikuti, Allah akan anugerahka­n kita ganjaran pahala.

“Sebaliknya, jika keburukan menjadi ikutan peminat, kita turut mendapat dosa,” katanya, semalam.

Beliau menasihati peminat kepada artis terbabit supaya tidak mencontohi keburukan idola mereka sebaliknya menjadikan Rasulullah dan sahabat sebagai ikutan.

Sementara itu, Hassan menyeru semua pihak supaya bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit.

“Dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu tersasar. Jadi, dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan benar.

“Tindakanny­a (Emma) yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ia tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah berlatar belakang aliran agama,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Rahman
DR Abdul Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia