Harian Metro

Amira & ais krim

Budak 10 tahun dikutuk cium ais krim ‘Unicorn’ gembira dapat sokongan netizen, selebriti

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Namun, saya tidak menyangka ada individu sempat merakam aksi anak bersama ais krim itu. Memang sudah lama Amira mencarinya di setiap pasar raya yang kami singgah”

Mohd Kamarul

“Dia terlalu gembira kerana sudah lama mencari ais krim ‘Unicorn’ itu yang viral dan menjadi trend anak muda ketika ini.”

Demikian kata Mohd Kamarul Azwan Ismail, 42, bapa kepada Wan Amira Iwani, 10, yang menjadi tular kerana mencium berulang kali beberapa ais krim UniCornett­o di sebuah pasar raya di Tanjong Karang, dekat sini.

Aksi video itu dirakam seorang individu yang dikatakan turut mengeluark­an kata-kata kutukan dengan tindakan kanak-kanak perempuan berkenaan.

Mohd Kamarul berkata, dia terkejut apabila dimaklumka­n berkaitan video anak tunggalnya itu di media sosial sejurus tiba di Raub, Pahang untuk bercuti kelmarin.

“Kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu lalu, saya berada di kaunter pasar raya itu untuk membuat pembayaran manakala isteri dan anak (Amira) sudah menuju ke kereta kami.

“Namun, saya tidak menyangka ada individu sempat merakam aksi anak bersama ais krim itu. Memang sudah lama Amira mencarinya di setiap pasar raya yang kami singgah.

“Kebetulan hari itu dia menemui ais krim itu sehingga membuatkan­nya gembira dan teruja. Pada waktu itu, saya membeli tiga ais krim berkenaan,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu juga mengetahui penularan video itu di media sosial namun, Amira tidak kisah dan gembira membaca komen netizen yang menyokongn­ya.

“Kami sekeluarga juga sudah memaafkan individu yang merakam video berkenaan,” katanya.

Video berdurasi 0.14 saat yang tular itu turut disertai suara si perakam yang ketawa dengan berkata ‘Eee bataknya. Dapat ais krim je pun. Gelabah. Siap cium, bapak ah’ sambil ketawa.

Ia menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan perakam berkenaan. Selain netizen, video itu mendapat perhatian selebriti tempatan termasuk Neelofa dan Adibah Noor.

 ??  ?? WAN Amira Iwani byang menjadi tular selepas seorang individu merakam video dirinya bersama ais krim dengan mengeluark­an kata-kata kutukan.
WAN Amira Iwani byang menjadi tular selepas seorang individu merakam video dirinya bersama ais krim dengan mengeluark­an kata-kata kutukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia