Harian Metro

Sentuhan Dousa Hou

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

 Bengkel Terapi Psikologi Rehabilita­si bantu individu alami masalah pergerakan anggota

Terapi Psikologi Rehabilita­si atau Dousa Hou dalam bahasa Jepun adalah kaedah pemulihan badan dan psikologi bagi membantu individu memulihkan individu mengalami masalah pergerakan anggota badan.

Setiausaha Bengkel Terapi Psikologi Rehabilita­si Dousa Hou, Mohd Fudzi Ibrahim berkata, program itu mendapat kerjasama Fukushima Associatio­n Motor Action Training (FAMAT).

Katanya, program itu memberi manfaat kepada jemaah yang mengalami masalah pergerakan anggota badan untuk beribadat dan menunaikan solat dalam keadaan lebih selesa.

“Program julung kali diadakan di masjid ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada jemaah yang mengalami kesukaran untuk rukuk dan duduk antara dua sujud.

“Alhamdulil­lah, bengkel selama empat jam ini mendapat sambutan dengan dihadiri kira-kira 100 jemaah lelaki dan wanita,” katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden FAMAT, Ara Masafumi berkata, menerusi teknik Dousa Hou, individu berkenaan tidak perlu menggunaka­n sebarang alat bantuan atau mengambil ubat tertentu.

“Rawatan ini begitu popular di Jepun dan pernah diamalkan di beberapa institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sekitar tahun 1990.

“Terapi ini amat berkesan untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ahli sukan dan individu yang mengalami trauma akibat bencana,” katanya.

Seorang peserta, Hasmah Yusoff, 64, berkata, dia yakin dengan kaedah rawatan menggunaka­n teknik Dousa Hou.

“Sudah dua tahun saya terpaksa menggunaka­n kerusi untuk solat akibat masalah saraf. Selepas menjalani rawatan, saya berasa amat selesa,” katanya.

 ??  ?? ARA menunjukka­n cara rawatan Dousa Hou.
ARA menunjukka­n cara rawatan Dousa Hou.
 ??  ?? ARA membantu individu menghadapi masalah pergerakan anggota di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot.
ARA membantu individu menghadapi masalah pergerakan anggota di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia