Harian Metro

Hak penjagaan zuriat

-

pengawasan dan pengasuhan sama ada dari segi fizikal, jiwa dan akal bertujuan menjaga maslahah kanak-kanak yang tidak mampu menjaga diri sendiri supaya membesar dalam keadaan sempurna.

Pihak yang berjaya mendapatka­n hak hadanah disebut sebagai hadin bagi lelaki dan hadinah bagi perempuan bermaksud pengasuh. Oleh kerana hadanah berkait rapat dengan kepentinga­n kanak-kanak, ibu dan bapa, maka dari segi kedudukan hak, hadanah bukan hak eksklusif mana-mana individu.

Ia membabitka­n hak setiap individu berkaitan iaitu hak pengasuh, hak kanakkanak dan juga hak bapa sebagai penjaga hakiki atau mana-mana orang yang berperanan sebagai bapa jika bapa tiada atau meninggal dunia.

Jika terdapat perebutan, maka hak kanak-kanak diutamakan daripada yang lain. Sebarang keputusan perlu melihat kepada kepentinga­n terbaik kepada kanak-kanak itu secara keseluruha­nnya.

Selain itu, istilah hadanah merujuk kepada pengasuhan anak yang masih kecil kerana fitrah anak kecil memerlukan pengasuhan serta pengawasan rapi. Apabila disebut pertikaian hak hadanah, ia membabitka­n anak kecil dan bukan anak yang sudah mumayyiz atau baligh.

Undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperuntu­kkan tempoh penjagaan bagi kanak-kanak lelaki tamat apabila cukup umur tujuh tahun dan sembilan tahun bagi kanakkanak perempuan. Tempoh itu boleh dilanjutka­n mahkamah atas permohonan pengasuh sehingga usia 11 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan sembilan tahun bagi lelaki.

Perbezaan tempoh antara kanak-kanak lelaki dan perempuan mengambil kira keperluan kanak-kanak perempuan tinggal lebih lama bersama ibu untuk diasuh keperibadi­an serta adab sopan sebagai seorang perempuan dan juga bagi membiasaka­n diri dengan tugas pengurusan rumah tangga.

Anak lelaki dianggap perlu lebih awal berada di bawah pengawasan bapa bagi mempelajar­i tugas sebagai seorang lelaki yang hanya layak diajar oleh golongan lelaki.

Oleh itu, apabila tamat tempoh hadanah mengikut prinsip biasa, penjagaan kanak-kanak diturunkan kepada bapa. Sekiranya usia anak itu sudah mumaiyiz, maka dia berhak memilih sama ada untuk tinggal bersama ibu atau bapa melainkan mahkamah memerintah­kan selain daripada itu.

Prinsip itu dikemukaka­n atas anggapan kanak-kanak mumaiyiz berkeupaya­an menilai yang mana di antara ibu atau bapa yang lebih rapat serta memberi perhatian terhadap diri mereka.

Pemilihan kanak-kanak untuk tinggal bersama ibu atau bapa boleh dianggap orang yang dipilih itu lebih menyayangi dan mengasihin­ya. Setiap enakmen negeri meletakkan syarat tertentu yang menjadi kriteria kelayakan seseorang menjadi pengasuh.

Seseorang pengasuh dianggap berkelayak­an mendidik dan menjaga kanakkanak jika dia:

a. Seorang beragama Islam.

b. Seorang yang waras akal fikiran.

c. Seorang yang pada tahap umur yang layak untuk menjaga dan memberi kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak.

d. Seorang yang mempunyai akhlak yang baik menurut Islam.

e. Seorang yang tinggal di tempat terjamin keselamata­n moral dan fizikal kanak-kanak yang dijaga.

Undang-undang keluarga Islam juga menentukan keadaan yang menyebabka­n hak hadanah seseorang pengasuh digugurkan iaitu:

a. Pengasuh perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak ada hubungan kekeluarga­an yang dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu. Jika pengasuhan­nya dalam keadaan itu akan menjejaska­n kebajikan kanakkanak. Hak ini hanya akan dikembalik­an apabila perkahwina­n dibubarkan.

b. Jika pengasuh berakhlak buruk secara keterlalua­n dan terbuka.

c. Jika pengasuh menukar permastaut­inan dengan niat menghalang bapa kepada kanak-kanak melakukan pengawasan ke atas kanak-kanak, tetapi jika perempuan itu ibu yang diceraikan, dia boleh membawa anaknya ke tempat lahirnya yang asal.

d. Jika pengasuh murtad iaitu meninggalk­an agama Islam.

e. Jika pengasuh menganiaya dan mengabaika­n

 Ibu, ayah boleh mohon hadanah anak selepas bercerai

kanak-kanak.

Justeru, sekiranya puan masih menjaga anak selepas perceraian sehingga tempoh semasa, maka wajar puan memohon perintah penjagaan atau hadanah anak itu.

Keadaan ini lebih mudah kerana anak sememangny­a berada di bawah jagaan semasa ibunya iaitu si pemohon. Kelayakan seorang ibu akan hilang sekiranya ibu berkahwin lain.

Namun puan masih boleh mengemukak­an alasan kukuh mengapa anak itu lebih baik dijaga dan diuruskan oleh ibu berbanding bapa. Mahkamah akan membuat penilaian keseluruha­n mengenai kebajikan anak sebelum membuat keputusan.

Penulis peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia