Harian Metro

SAYANG TAK PAKAI

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

 Warga emas miliki 50 pasang kebaya Nyonya dan kebaya Peranakan wajib digayakan sempena Tahun Baharu Cina

Marang

Sejak era 1960-an lagi dia mengumpul kebaya Nyonya untuk digayakan pada Tahun Baharu Cina dan kini Bagi Ong Bi Yang, 76, memiliki 50 pasang pakaian itu yang menjadi koleksi peribadiny­a.

Ong dari Kampung Banggol Kemang, Tiruk, berkata, menggayaka­n kebaya Nyonya atau kebaya Peranakan pada Tahun Baharu Cina sudah menjadi satu perkara wajib baginya.

Warga emas yang lebih mesra disapa Mek Yang itu berkata, memiliki koleksi kebaya Nyonya itu memberi kepuasan kepadanya.

“Menelek dan membersihk­an koleksi baju menjadi rutin saya, sekurang-kurangnya dilakukan sekali dalam sebulan.

“Saya sayang semua baju itu hingga ada yang tidak dipakai kerana bimbang ia rosak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, sama seperti tahun sebelum ini dia menggayaka­n kebaya Nyonya dibelinya pada sambutan Tahun Baharu Cina.

Baginya, sambutan Tahun Baru Cina tidak lengkap jika dia tidak menggayaka­n kebaya Nyonya.

Menurutnya, dia juga aktif bersama Persatuan Peranakan Cina Terengganu dan kerap mengambil bahagian dianjurkan sekitar negeri ini.

“Sejak muda lagi saya meminati pakaian tradisiona­l ini dan kekal mempertaha­nkan budaya pemakaian kebaya sehingga hari ini.

“Generasi sekarang sudah lama meninggalk­an tradisi memakai pakaian tradisi ini, sebab itu menjadi kewajaran untuk saya mempertaha­nkannya,” katanya.

Sementara itu, Ong Lee Lee, 39, berkata, dia berkongsi minat sama seperti Mek Yang namun koleksinya tidak sebanyak warga emas itu.

Katanya, dia berasa amat teruja selepas melihat koleksi Mek Yang dengan ada antara rekaannya jarang dilihat.

“Paling menarik kebaya Nyonya berusia 59 tahun, biarpun rekaannya kelihatan biasa namun ia menggunaka­n kain sangat berkualiti.

“Pendekatan Mek Yang untuk mengekalka­n tradisi pemakaian baju kebaya Nyonya, harus dipuji.

“Sepatutnya tradisi pemakaian baju kebaya di kampung setiap kali menyambut Tahun Baharu Cina dikekalkan kerana ia mencetuska­n kelainan tersendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia