Harian Metro

Ramai tak sudi Zahid kembali

-

Kuala Lumpur: Hasrat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pentas politik selepas dua bulan bercuti daripada tugas tidak disambut baik netizen, malah ada memintanya terus bersara.

Walaupun menghargai tindakanny­a, kebanyakan mereka meminta bekas Timbalan Perdana Menteri itu berdiam diri atau tidak bergerak menggunaka­n landasan parti.

Ahmad Zahid melalui status di semalam memuat naik poster penganjura­n forum yang dijangka disertainy­a sebagai Ketua UMNO Bagan Datuk untuk mengupas kerjasama UMNO dan PAS di Bagan Datuk.

Kemunculan semula itu dilihat mengecewak­an netizen berdasarka­n komen ditinggalk­an pada status poster itu.

Pengguna FB Ibrahim Yatie menulis; “Please jgn kembali DSZH...skrg keadaan semakin ok... hidup mcm DSN je...buat kerja sendiri...jika dpt sokongan tu rezeki DSZH...mohon jgn bercakap mewakili UMNO...Biar Tok Mat wakil rasmi utk UMNO .... (pandangan shj... maaf jika terguris hati DSZH).

Turut menyokong kenyataan itu Ariff Shahidi yang meninggalk­an komen; “Ya betul jgn kembali pada umno dan bn..umno dan bn dh cukup bagus tanpa DSZH.

“Berundur la bagi peluang pada tok mat memimpin. Org dh tak nk umno bn lama..lepas la jawatan itu jgn dh kalah PRU15 baru nk letak jawatan. Buat la demi parti letak la jawatan. Jgn ikut hati.

“Tok mat boleh bawak UMNO dan BN terus maju kehadapan lihat la sendiri tiga PRK UMNO kalah dalam kepimpinan DSZH. Apabila tok mat ambil alih kemenangan satu UMNO dan BN.

“UMNO dan BN boleh menang jika DSZH letak jawatan percaya la kata kata saya. Zahid Hamidi tolong berundur demi parti,”.

 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia