Harian Metro

Uncle Kentang bakal pecah undi

-

Shah Alam: Aktivitis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih mesra sebagai Uncle Kentang yang mengumumka­n mahu bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih akan memecahkan undi penduduk di kawasan itu.

Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Adif Shan Abdullah berkata, jumlah undi akan terkesan di semua pihak yang bertanding selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahka­n meletakkan calon di PRK berkenaan.

“Pengumuman beliau (sahkan bertanding) harus diterima bersesuaia­n dengan prinsip dan amalan demokrasi yang subur di negara ini.

“Kita serahkan kepada kebijaksan­aan rakyat Semenyih untuk memilih,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanap­un, pihaknya yakin Pakatan Harapan (PH) dapat mengekalka­n kerusi selepas berjaya merampasny­a daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“PH akan terus komited memberi khidmat dan bakti kepada rakyat.

“Saya yakin pengundi kawasan itu akan memilih calon PH dari BERSATU,” katanya.

Kelmarin, Chee Heng mengesahka­n akan menjadi calon Bebas dengan menggunaka­n lambang telefon pada PRK Semenyih.

Keputusan untuk bertanding dibuat bagi menjadi kuasa pendesak kepada calon PH dan BN dalm menunaikan janji mereka.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebelum ini mengumumka­n PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac depan.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.

 ??  ?? CHEE Heng
CHEE Heng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia