Harian Metro

Piza sambal petai

-

 Menu berbeza ditampil sebuah restoran dapat sambutan hebat

di daerah ini.

“Sambal hitam sememangny­a popular kerana ia masakan tradisi Pahang. Saya terfikir untuk menyediaka­n berkenaan dan sambal petai.

“Kedua-dua menu ini tidak ditawarkan di tempat lain. Berikutan itu, ada pelanggan dari luar Pahang datang semata-mata untuk menikmati dua menu berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Nor Rosidah berkata, penduduk tempatan lebih menggemari makanan pedas berbanding manis.

Berikutan itu, dia menawarkan dua perasa berkenaan untuk menarik minat penduduk khususnya di luar bandar mencuba dan menikmati piza ditawarkan.

Keunikan piza ditawarkan menyebabka­n pelanggan tidak kisah beratur panjang asalkan dapat menikmati makanan berkenaan.

“Operasi bermula jam 12 tengah hari, namun ada pelanggan membuat tempahan awal. Kalau hari biasa saya jual sampai 300 keping piza, tapi pada hujung minggu atau cuti umum jumlah itu meningkat kepada 500 keping.

“Saya juga mengusahak­an sebuah kilang kecil yang memproses piza sejuk beku di Kampung Tebing Tinggi.

“Kami menerima tempahan daripada agensi kerajaan dan swasta. Namun kena buat tempahan awal,” katanya.

Usahawan berkenaan yang dibantu suaminya Mohd Johari Abdul Mutalib, 41, memulakan perniagaan restoran berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, pada setiap Rabu, pasangan ini menyediaka­n piza bercuma disediakan khas untuk wanita hamil.

 ??  ?? NOR Rosidah (tengah) bersama pekerjanya menyiapkan piza sambal hitam dan sambal petai yang ditempah pelanggan di Restoran Pizza Anak Dol di Kampung Bukit Dinding.
NOR Rosidah (tengah) bersama pekerjanya menyiapkan piza sambal hitam dan sambal petai yang ditempah pelanggan di Restoran Pizza Anak Dol di Kampung Bukit Dinding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia