Harian Metro

Kami’

-

mereka bagi mengingatk­an pelajar agar menjaga diri dan rakan-rakan sepanjang tempoh berlakunya fenomena ini,” katanya menerusi WhatsApp.

Ahmad Mohsein berkata, keadaan suhu ekstrem itu seakan-akan sudah reda kerana suhu di hampir semua kawasan meningkat melebihi paras beku dalam beberapa hari yang lalu.

“Namun, pelajar dinasihatk­an agar sentiasa berjaga-jaga kerana musim salji masih belum berakhir dan suhu masih rendah.

“Universiti dalam kawasan yang terjejas dengan fenomena ini yang mengisytih­arkan cuti sebelum ini juga sudah mula dibuka,” katanya.

Katanya, fenomena vorteks kutub yang melanda Amerika Syarikat mendatangk­an bahaya hipotermia dan gigitan fros.

“Suhu yang amat rendah serta tiupan angin sejuk boleh mengakibat­kan kecederaan yang serius dan mendatangk­an maut.

“Amaran cuaca luar biasa yang dikeluarka­n menasihatk­an pelajar tidak terdedah kepada suhu rendah untuk tempoh lama dan perlu memakai pakaian sesuai dengan suhu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia