Harian Metro

300 ahli keluarga Raja Jembal berhimpun

-

Bachok: Seramai 300 ahli daripada 40 keluarga keturunan Haji Nik Jid (Raja Jembal) berkumpul dalam program kekeluarga­an sempena cuti Tahun Baharu Cina di Permai Chalet di sini, semalam.

Haji Nik Jid adalah keturunan Raja Jembal generasi keenam yang kini mempunyai 10,000 anak, cucu dan cicit di seluruh negara.

Penaung keluarga keturunan Haji Nik Jid, Nik Abd Rahim Nik Jid berkata, mereka berkampung selama dua hari di pantai berkenaan dan mengambil bahagian dalam 12 aktiviti sudah dirancang.

“Antaranya sukaneka, majlis kerohanian, soal jawab berkaitan keturunan Raja Jembal dan cabutan bertuah semua ini bertujuan mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.

“Usia paling muda adalah bayi 41 hari hingga dewasa 80 tahun yang datang dari seluruh negara,” katanya ketika ditemui di majlis hari keluarga di Permai Chalet, Melawi, semalam.

Katanya, hari keluarga yang bertemakan tautan kasih ukhuwah terjalin dengan berpakaian warna kuning adalah kali ketiga dianjurkan pihaknya di bawah seliaan ahli jawatankua­sa publisiti Raja Suhaimi Raja Jaafar.

Menurutnya, selepas ditubuhkan secara rasmi pada 2012, mereka berkumpul buat kali pertama pada 2015, diikuti 2017 dan kali ketiga tahun ini.

 ??  ?? KELUARGA Haji Nik Jid berkumpul buat kali ketiga di Permai Beach Resort, Melawi, Bachok.
KELUARGA Haji Nik Jid berkumpul buat kali ketiga di Permai Beach Resort, Melawi, Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia