Harian Metro

Abe Ne tak balik rumah sejak 2017

-

Klang: Seorang pesakit mental dilaporkan hilang dari rumah keluargany­a di Kampung Dalam Pisang, Pasir Puteh, Kelantan, sejak 1 Oktober 2017.

Ahmad Husnan Abdullah, 29, dilaporkan keluar dari rumah dengan memakai baju-T biru dan seluar sukan hitam jam 11.30 pagi namun masih tidak pulang sehingga hari ini.

Abang iparnya, Saiful Hafidz Bongsu, 37, berkata, kehilangan itu mula disedari ibu mentuanya, Zanah Ismail, 60, selepas Ahmad Husnan yang dikenali sebagai Abe Ne itu dikatakan mengamuk tanpa sebab.

“Sewaktu pulang mengajar di sebuah tadika berdekatan, dia (ibu mentua) mendapati rumah mereka berselerak dan Abe Ne dilihat sedang membakar wang tunai RM2,000 serta kad pengenalan.

“Apabila bertanyaka­n mengapa berbuat demikian, adik ipar saya itu tiba-tiba mengamuk dan terus keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan menaiki motosikal arwah bapanya yang kemudian ditemui di sekitar kampung berkenaan.

“Kami sekeluarga sudah menggunaka­n pelbagai cara untuk mencarinya termasuk mengedarka­n poster dan menyebarka­n gambarnya menerusi media sosial namun masih menemui jalan buntu,” katanya di Bandar Bukit Tinggi di sini, semalam.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Balai Polis Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.

Saiful Hafidz berkata, Ahmad Husnan yang juga pengembala kambing milik keluargany­a turut menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) kerana Schizophre­nia namun dikatakan tidak mengambil ubat tiga bulan sebelum kejadian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Abe Ne boleh menghubung­inya di talian 019-5340404 atau abang iparnya, Nasrullah Abdullah di talian 019-3458710.

 ??  ?? SAIFUL Hafidz menunjukka­n gambar Ahmad Husnan dilaporkan hilang dari rumah mereka sejak 2017.
SAIFUL Hafidz menunjukka­n gambar Ahmad Husnan dilaporkan hilang dari rumah mereka sejak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia