Harian Metro

‘Deruman’ si meow

-

Pemandu kereta Peugeot terpaksa menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membantu mengeluark­an seekor anak kucing terperangk­ap dalam ruang enjin keretanya.

Pegawai APM Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff berkata, kejadian berlaku di Taman Mesra, di sini, petang kelmarin.

Beliau berkata APM Gua Musang menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 7.08 malam dan dua anggota diarahkan ke lokasi.

“Kucing berkenaan adalah milik pemandu kereta terbabit dan operasi mengeluark­an haiwan itu mengambil masa 10 minit saja.

“Pemilik kereta menyedari kehadiran kucing itu selepas terdengar bunyi haiwan itu selepas menghidupk­an enjin,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM menyelamat­kan anak kucing terperangk­ap dalam enjin kereta.
ANGGOTA APM menyelamat­kan anak kucing terperangk­ap dalam enjin kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia