Harian Metro

Potret kaligrafi khat

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

 Rosyaimi kaji sendiri gabung dua seni hasil karya lukisan

Dua cabang seni berbeza yang menghasilk­an keindahan tersendiri apabila disatukan. Itulah yang dilakukan Muhammad Rosyaimi Amirul Faiz Jailani, 28, kini popular dengan gabungan karya lukisan potret dan seni kaligrafi khat.

Menurutnya, idea menggabung­kan lukisan potret dan kaligrafi itu timbul hasil pelbagai teknik khat digunakan ketika melakukan eksperimen.

“Mulanya saya cuma masuk pertanding­an khat ketika tingkatan tiga dan sejak itu timbul minat untuk kembangkan lagi bakat yang ada.

“Saya cuba dan kaji sendiri mengenai seni khat sebelum dapat idea untuk menggabung­kannya dengan potret,” katanya ketika ditemui di studionya, di sini, semalam. Muhammad Rosyaimi Amirul, banyak menghasilk­an potret khat tokoh politik dan negarawan tersohor negara antaranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Allahyarha­m Tunku Abdul Rahman dan Ustaz Azhar Idrus.

“Teknik digunakan adalah dengan menyusun dan ulang ejaan nama tokoh berkenaan hingga terhasil potret wajah subjek yang dilukis,” katanya.

Katanya, dia kini menjadi artis potret kaligrafi sepenuh masa dengan mempromosi­kan perkhidmat­annya di media sosial.

“Secara purata saya jual antara empat hingga lima karya sebulan. Paling tinggi saya pernah jual karya pada harga RM1,000.

“Memang ramai buat tempahan hingga saya tak menang tangan. Masih ada 1,000 mesej di FB (Facebook) belum dibalas.

“Sebahagian besarnya berkemungk­inan daripada mereka yang berhajat membuat tempahan,” katanya.

Menurutnya, dia berpeluang mempelajar­i seni khat secara formal ketika menyambung pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Ketika belajar di USIM, saya menyertai kelab khat dan daripada situlah baru saya belajar teknik yang betul.

“Saya juga tidak menyesal menjadi penggiat seni ini sepenuh masa lagipun saya amat meminati bidang ini,” kata pemegang

Ijazah

Sarjana

Muda

Fiqh dan

Fatwa itu.

 ??  ?? MUHAMMAD Rosyaimi menyiapkan potret Kaligrafi di rumahnya di Jalan Taman Rumah Murah Ajil.
MUHAMMAD Rosyaimi menyiapkan potret Kaligrafi di rumahnya di Jalan Taman Rumah Murah Ajil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia