Harian Metro

Warga Pakistan lemas ambil bola

-

Dungun: “Kami bertiga sudah pegang tangannya, tetapi terlepas selepas dipukul ombak besar,” kata warga Pakistan, Muhammad Kasim, 30, ketika menceritak­an detik rakannya yang hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Petak Paka, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, dikhuatiri lemas selepas beberapa kali dipukul ombak ketika cuba mengambil bola yang hanyut.

Muhammad berkata, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan dua rakan lain juga berasal dari Pakistan iaitu Muhammad Mubashar, 24, serta Rozikhan Bangay, 27, mandi di pantai itu.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Lahore, Pakistan tiba di Paka pada Ahad lalu kerana ingin melawatnya dan beberapa rakan lain bekerja di bandar ini.

“Saya dan sahabat lain bekerja di sebuah syarikat di Kerteh dan mengajak mangsa tinggal di rumah kami di Jalan Kelisa terletak 200 meter dari pantai.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, kami ke pantai selepas melihat beberapa anak muda mandi dan bermain bola. Kami kemudian ambil keputusan untuk melakukan aktiviti sama,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, ketika asyik bermain bola dibaling hanyut ke tengah dan mangsa berenang untuk mengambiln­ya.

“Selepas mendapatka­n bola, mangsa kelihatan tenggelam timbul, saya dan dua lagi rakan berenang untuk menyelamat­kannya.

“Kami bertiga sempat mencapai dan memegang kedua-dua belah tangannya, namun ombak besar memisahkan kami, malah air di kawasan itu juga dalam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, seramai 20 pegawai membabitka­n polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terbabit dalam gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

 ??  ?? TIGA rakan mangsa yang selamat (dari kiri) Muhammad Mubashar, Muhammad Kasim dan Rozikhan menceritak­an kejadian lemas yang berlaku ke atas rakannya Muhammad Bilal kepada anggota bomba.
TIGA rakan mangsa yang selamat (dari kiri) Muhammad Mubashar, Muhammad Kasim dan Rozikhan menceritak­an kejadian lemas yang berlaku ke atas rakannya Muhammad Bilal kepada anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia