Harian Metro

Trauma tragedi rumah roboh

-

“Setiap kali berlaku air pasang besar dan angin kencang, kami sekeluarga diselubung­i kebimbanga­n serta rasa takut.

“Apa tidaknya risau tragedi bulan lalu berulang kembali,” kata penduduk Kampung Nenasi Pantai, Mohd Mussahar Ibrahim, 30.

Katanya, dalam kejadian 23 Januari lalu, pagar dan sebahagian dapur rumahnya roboh akibat hakisan tanah susulan air pasang besar dan angin kencang.

Katanya, fenomena itu menghasilk­an ombak besar berlarutan selama tiga jam sebelum reda pada jam 1 pagi.

Dakwanya, fenomena alam itu menyebabka­n dia terpaksa menanggung kerugian dianggarka­n RM10,000 selain masih trauma.

“Kejadian itu paling buruk sepanjang 60 tahun kami menghuni rumah pusaka ini. Saya khuatir jika fenomena ini berlarutan, rumah peninggala­n orang tua saya ini akan terjejas lebih teruk.

“Kami hanya ada rumah pusaka ini saja untuk berteduh. Meskipun berada dalam zon bahaya, kami terpaksa tinggal di sini sambil berdoa terhindar daripada sebarang kejadian buruk,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Mussahar berkata, kejadian bulan lalu turut menyebabka­n laluan berturap sepanjang 100 meter mengalami kerosakan teruk.

Selain itu, dakwanya, kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Nenasi Pantai terletak kira-kira 80 meter dari pantai juga terjejas akibat hakisan.

“Saya mewakili penduduk setempat saya merayu pihak terbabit supaya dapat melakukan sesuatu untuk memastikan hakisan tidak menjadi semakin serius hingga mengakibat­kan kerugian

 Fenomena alam 23 Januari lalu sebabkan sebahagian kediaman dan bumbung rosak

ribuan ringgit.

“Jalan berturap yang rosak menyukarka­n penduduk untuk melakukan urusan harian masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif berkata, sebanyak RM5 juta diperuntuk­kan untuk membina ban pemecah ombak di pesisir pantai Nenasi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia negeri berkata, kerajaan memandang serius hakisan pantai di pesisir pantai Nenasi, Tanjung Batu dan beberapa lokasi lain sekitar daerah ini.

“Selepas meninjau kesan hakisan pantai di Kampung Nenasi Pantai ini, saya berpendapa­t projek pemecah ombak dikendalik­an Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah perlu disegeraka­n.

“Lebih banyak kerosakan harta benda penduduk dan kemudahan awam akan berlaku sekiranya projek berkenaan tidak dilaksanak­an segera,” katanya.

 ??  ?? MOHD Mussahar (kiri) melihat
bahagian dapur rumahnya.
MOHD Mussahar (kiri) melihat bahagian dapur rumahnya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia